Saturday, February 20, 2010

Peruntukan Menjayakan 5S


Memang sudah menjadi kebiasaan dalam setiap program di pejabat kerajaan mesti memerlukan peruntukan. Bagaikan sudah ada 'mind-set' jika tiada peruntukan maka progam tak boleh jalan. Maka itu soalan yang paling lazim ditanya semasa Q & A selepas taklimat 5S adalah berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan untuk menjayakan 5S. Jawapan yang saya berikan adalah peruntukan untuk trainning dan untuk membeli hadiah sebagai penghargaan ataupun rangsangan.
Malahan untuk kedua-dua perkara itu pun sebenarnya tidak seberapa. Oleh itu boleh juga dirumuskan bahawa amalan 5S untuk dijayakan tidak memerlukan peruntukan baru yang khusus. Peruntukan trainning umpamanya setiap organisasi memang sediaada. Cuma peruntukan tersebut mungkin disediakan untuk menghantar kakitangan secara individu atau berkumpulan menyertai pelbagai kursus dan seumpamanya mengikut keperluan organisasi. Maka bukankah peruntukan yang sama boleh digunakan untuk penganjuran trainning 5S. Manakala untuk rangsangan pula pekeliling hari kualiti memberikan panduan jelas untuk pembeliah hadiah.

No comments:

Post a Comment