Thursday, February 18, 2010

Menjayakan 5S


5S kini semakin popular di organisasi perkhidmatan awam. Pada penghujung tahun 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyiapkan satu Panduan Amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam. Dengan panduan setebal 120 mukasurat itu menjadikan JPA organisasi yang pertama memulakan perlaksanaan 5S secara lebih sistematik.

Bagi saya 5S merupakan sesuatu yang amat bernilai yang saya perolehi sepanjang perkhidmatan sejak Ogos 1985. Secara kebetulan pada penghujung 2004 seorang perunding produktiviti dan kualiti dari National Productivity Corporation telah menerangkan kepada saya mengenai 5S ini iaitu semasa saya bertugas di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sabah. JUPEM Sabah seterusnya mengorak langkah ke arah Persijilan 5S dengan membuat Pelancaran 5S JUPEM Sabah pada 4 April 2005 dan pada 6 April tahun 2006 berjaya mendapat pengiktirafan Persijilan 5S.

No comments:

Post a Comment