Wednesday, June 6, 2012

Sejarah Kewujudan 5S

Pagi ini saya terbaca mengenai satu tulisan menarik tentang 'Sejarah Kewujudan 5S'. Tulisan yang di 'uploaded' oleh En Thanesh dari Pejabat Pendidikan Segamat ini, menambahkan lagi kesah sejarah 5S. Sebelum ini saya terbaca sejarah 5S dikaitkan dengan 'waste-management'. Kini dengan semakin berkembangnya 5S maka semakin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya sejarah 5S. 1.SEJARAH KEWUJUDAN 5S 1.1. Amalan 5S telah wujud sekitar 60 tahun yang lalu. Diasaskan oleh M.Nakatshugawa, konsep ini diasaskan bersempena dengan nilai-nila yang telahdiamalkan oleh suri rumah di Negara Jepun. Melihat kepada keadaan rumah dinegara Jepun, kebanyakkan daripada rumah di sana adalah bersaiz kecil dimana ruang tamu akan dijadikan tempat berjumpa dengan rakan taulan padasiang hari, manakala pada sebelah malam, ruang tamu itu akan menjaditempat tidur. Atas alasan ruang yang sempit, maka suri rumah di Negara Jepunperlu megamalkan dua konsep iaitu sisih barangan jika tidak perlu dan susunsemula barangan tersebut selepas digunakan. Konsep ini telah diguna secarameluas pada tahun 1955 oleh Persatuan Keselamatan dan Kesihatan IndustriJepun (JISHA) bagi mempromosikan kempen keselamatan bagi industri-industeridi Negara tersebut. 1.2. Sebelum 5S diwujudkan, konsep 2S iaitu SISIH (Seiri) dan SUSUN (seiton) amatpopular di Negara Jepun. Ketika itu, tumpuan hanya diberikan terhadap jaminan keselamatan di tempat kerja sahaja. Tetapi apabila timbul keperluanterhadap peningkatan produktiviti dan kualiti, pada tahun 1970an, konsep 2Stersebut telah mengalami evolusi dimana ia telah menjadi konsep 5S. Unsur SAPU (seiso), SERAGAM(Seiketsu) dan Displin (Shitsuke) telah ditambah menjadikonsep tersebut kini dikenali sebagai 5S. 1.3. Konsep 5S ini telah digunapakai di seluruh Jepun bagi membantu Jepun bangkitdari kemelesetan ekonomi selepas kalah pada Perang Dunia Kedua.Kemampuan dan keupayaan Jepun untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia adalah bukti keberkesanan amalan 5S di dalam industri. more

No comments:

Post a Comment