Saturday, June 9, 2012

Hari Sabtu Hari Tanpa Bag Plastik- Tahniah Mydin dan Farmasi Presint 15!

Sepanjang pagi Sabtu hari ini kami sempat shoping di Presint 15 Putrajaya. Semasa di Mydin kami membeli banyak barangan dan kami telah di'offer' untuk mendapatkan kotak-kotak yang telah disediakan jika memerlukannya. Bukan itu sahaja satu tempat khas telah diwujudkan untuk pelanggan menyiapkan kotak recycle supaya ianya boleh digunakan bagi mengisi barangan. Gam dan gunting turut disediakan.



Di sebuah farmasi berhampiran pula saya telah membeli 3 benda dan kedai tersebut menyediakan envelop kertas recycle untuk menggantikan bag plastik.





No comments:

Post a Comment