Wednesday, June 6, 2012

Antara Kajian Mengenai Amalan 5S di Malaysia

Persepsi Staf Terhadap Amalan 5S Menurut Pendekatan Islam Hadhari. Kajian Di Pejabat Bendahari, UTM. Sulaiman Bin Kadikon & Liza Binti Narawi Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malysia Persepsi Staf terhadap keselarasan amalan 5S dengan pendekatan Islam Hadhari Secara keseluruhannya, majoriti responden bersetuju bahawa wujudnya keselarasan antara amalan 5S dengan pendekatan Islam Hadhari. Hal ini terbukti melalui dapatan yang menunjukkan 100% responden bersetuju dengan hubungan antara amalan 5S dengan pendekatan Islam Hadhari ke arah kehidupan berkualiti dan akhlak yang murni merangkumi kebersihan, keselamatan, istiqamah dan kecemerlangan. Hal ini bertepatan dengan pandangan Mohd Nakhaie Ahmad (2004), bahawa fokus Islam Hadhari adalah menuju ke arah proses peradaban yang seimbang dan sepadu bagi melahirkan umat yang berilmu, berakhlak mulia dan bertamadun tinggi tanpa melakukan kerosakan di muka bumi. More Sesuatu yang menarik mengikut penulis adalah satu rujukan telah dibuat dari thesis kajian :Mohd Rozali Tomijan ( 2005),Amalan 5S dan Hubungannya Dengan Kualiti Persekitaran di Tempat Kerja. Kajian di Telekom Malaysia Berhad. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda

No comments:

Post a Comment