Cara mengatasinya adalah dengan terus menjayakan 5S. Tunjukkan semangat 'team-work' yang padu dikalangan semua kakitangan dan diantara ahli-ahli jawatankuasa induk khususnya jawatankuasa latihan, promosi dan audit. Jawatankuasa latihan mesti anjurkan lawatan-lawatan ke ajensi yang telah berjaya memenangi anugerah kebangsaan. Jangan lupa ajak bersama kakitangan bermasalah tadi.
Setelah 5S siap maka baru nampak kelebihan, kekuatan dan kehebatan 5S. 5S secara langsung dan tidak langsung sebenarnya adalah untuk diri-sendiri. Tempat kerja serta juga persekitarannya yang kemas, selesa, bersih dan cantik sudah tentunya untuk kita sendiri. Dari segi keselamatan tempat kerja pula bertambah terurus lagi sistematik adalah juga untuk semua. Begitu juga bila kita sebagai pelanggan di organisasi yang kita berurusan kita juga mengharapkan perkhidmatan terbaik. Jika kita ke hospital kita mengharapkan layanan yang pantas. Cukup ketara 5S di farmasi hospital membolehkan pengagihan ubatan dibuat dengan cekap dan cepat. Bas syarikat rapid mengamalkan 5S. Penumpang di dalamnya merasakan perjalanannya yang menenangkan setelah melihatkan ciri-ciri 5S terserlah untuk keselesaan dan keselamatan penumpangnya.
9 years ago
No comments:
Post a Comment