Wednesday, March 17, 2010

Tahniah IKM Lumut. Blog 5S Kini 20 Bulan.

Tahniah kepada IKM Lumut. Peneraju Blog 5S di Blogspot. Yang lebih membanggakan adalah blog tersebut sentiasa mempunyai berita/laporan semasa yang menarik.
Antara berita yang terkini adalah mengenai lawatan ke MacGDI.
...Berikut adalah sedutan dari blog tersebut:-
Lawatan berkenaan telah diadakan pada 25 Feb 2010 dengan diketuai oleh TP HEA IKML En Mohd Nawawi B Omar. Lawatan seramai 35 orang dengan menaiki bas IKM bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di Putrajaya pada jam 12.30. Selepas solat zohor dan makan, lawatan bermula di Jabatan Geopastial, Kementerian Sumber Asli pada jam 2.30 petang. Taklimat diberikan oleh En Yaakob B Abas, Ketua Penolong Pengarah MacGDI dan dibantu oleh En Wan Faizal. Kemudian rombongan di bawa ke tingkat 7 dan 8, serta logistik Wisma Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya. Lawatan bersurai jam 5.00 petang selepas sesi penutup dan penyampaian cenderahati.

No comments:

Post a Comment