Saturday, July 28, 2012

S6 = Sorok

Sorok selalunya dijadikan jenaka 5S yang disebut S ke 6. Sering kita dengar ungkapan "alahh..apa susah-susah kita guna jerr..S ke 6 iaitu sorok..hehe". Hakikatnya memang S6 ini berlaku. Mungkin boleh dikatakan mustahil dalam sesebuah organisasi yang berjaya mendapat sijil 5S, tiada seorang pun yang mengamalkan sorok. Ye ianya dilakukan bila keadaan terdesak iaitu dah begitu hampir dengan masa pengauditan 5S. Bagi kakitangan bekerja dipejabat selalunya sorok dibuat di dalam kereta atau pun dibawa balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment