Tuesday, July 10, 2012

Kelebihan dan Impak 5S

Sewaktu mengikuti ceramah 5S Bengkel 5S Lanjutan kepada pengamal-pengamal 5S TNB baru-baru ni para peserta telah diminta untuk memberikan pandangan mengenai kelebihan dan impak 5S yang telah dirasakan selepas mendapat persijilan. Jumlah peserta seramai 35 orang masing-masing telah memberikan maklumbalas tersendiri dan selepas 2 pusingan pun masih ada lagi 'point-point' baru yang belum disebut. Antara kelebihan dan impak yang disebut secara ringkas adalah seperti berikut:-
-tempat kerja kemas & teratur
-penjimatan tenaga letrik
-ruang kerja diguna sepenuhnya
-sentiasa bersedia untuk kerja
-imej jabatan terjaga dan meningkat
-pantas menyiapkan kerja
-senang mencari barang keperluan
-senang dan cepat mencari fail dan dokumen
-kerjasama dalam organisasi semangkin mantap
-menghargai masa
-mengamalkan kesederhanaan
-mengamalkan konsep 'recycle'
-peralatan diselenggara dengan lebih effisyen
-lebih seronok bekerja kerana ada tanggungjawab
-langkah-langkah penjimatan selalu difikirkan/diamalkan
-penerapan disiplin kepada semua kakitangan
-mementingkan kebersihan
-keselamatan diutamakan
-kesihatan juga diutamakan
-peningkatan bakat
-kakitangan lebih kreatif
-stor lebih terkawal
-tempat kerja ceria
-boss lebih mudah untuk memantau kerja/kakitangan
-bilik mesyuarat lebih teratur dan dipastikan audio-video/multimedia sentiasa tip-top
-keseronokan bekerja meningkat
-troli mudah dikesan
-semangat gotong-royong bangkit semula
-bilik pantri ceria dan peralatan semua ok
-tiada lagi barang-barang menyemak bawah meja
-wayar-wayar eletrik/komputer dijaga
-penggunaan laci untuk peribadi diminimakan
-a place for everything, everything in its place
-peningkatan sikap saling menghormati antara pekerja
-penjimatan masa dan tenaga
-tandas pun ceria dan wangi serta ada pokok-pokok
-semua barang rosak/tak perlu telah dibuang
-urusan pembuangan sampah lebih efisyen
-pengagihan tugas lebih sama-rata melibatkan keseluruhan kakitangan
-semua orang ada peranan maka ada 'feeling important'
-switch lampu dan kipas mudah dikesan

No comments:

Post a Comment