Sunday, May 27, 2012

Cabaran Pensijilan Semula 5S

Hampir 15 bulan saya tidak menulis mengenai 5S di Blog ini dan malam ini terbuka hati untuk aktif semula. Sepanjang 15 bulan lepas 5S amat berkembang pesat. Paling ketara sekolah-sekolah semakin banyak yang mendapatkan pensijilan 5S. Saya ada terbaca dimana Pegawai kualiti di Pejabat Pelajaran negeri Johor mewajibkan semua sekolah menghantar repot kemajuan tentang 5S di sekolah masing-masing. Dalam masa yang sama juga banyak organisasi yang telah mendapat pensijilan 5S gagal untuk mendapatkan pensijilan semula tahun ke2 ataupun tahun-tahun berikutnya. Inilah soalan yang paling popular diajukan kepada saya iaitu "bagaimanakah untuk mengamalkan S yang ke5 iaitu 'sentiasa amal'?." Meskipun faedah daripada terlaksananya amalan 5S tersebut telah dilihat serta dirasai oleh semua kakitangan namun untuk berusaha ke arah pensijilan semula dirasakan amat payah sekali. Jelas disini bahawa 5S belum menjadi budaya ianya hanya baru melekat diminda tetapi dihati meresap sementara sahaja. Kata hati "Ahh.. lecehlah nak buat 5S.." dan tak buat pun gaji dapat macam biasa juga. Walhalnya bagi yang benar-benar memahami 5S adalah satu ukuran kemantapan sesebuah organisasi yang mementingkan produktiviti serta imej yang 'above excellence'. Antara faktor utama penentu kepada kejayaan 5S adalah aktifnya jawatankuasa induk yang diterajui oleh pengurusan atasannya. Beruntunglah organisasi yang mana teraju 'nombor 1'nya sendiri amat mengambil berat tentang pengamalan 5S di organisasi mereka. Perkara mengenai 5S dimasukkan di dalam mesyuarat pengurusan atasan dan seluruh kakitangan akan menurut arahan tanpa banyak kerenah. Berbeza sekali dengan organisasi yang melantik orang bawahan seperti 'EO' untuk menjayakan 5S di sesebuah organisasi kerana ketika ini 5S belum jadi budaya yang demikian kerahan dari pegawai atasan diperlukan.

1 comment:

  1. TAHNIAH!! Blog Jom 5S kembali semula.. sekian lama (15 bulan) blog ini menyepi.. kini ia mengegar dan menjadi rujukan agensi. Ini kerana blog ini adalah inspirasi blog SUKSES 5S.. teruskan semoga 'kita' berjaya menyemarakkan Amalan 5S ke semua pelusuk..hahaha

    ReplyDelete