Wednesday, May 30, 2012

5S Macam Tadika!

Antara cabaran yang sering dihadapi semasa kempen 5S dijalankan adalah hujah yang mengatakan "buat 5S ni nanti jadi macam tadika!". Pengalaman saya bersama lebih 50 organisasi yang telah mendapat persijilan 5S membuktikan hujah tersebut memang ada kebenarannya namun peratusannya amatlah sedikit. Kalau ada pun jadi macam tadika bukanlah keseluruhan organisasinya tetapi sebahagian kecil sahaja. Ianya tidak menjejaskan organisasi dari mendapat persijilan kerana markah secara keseluruhan masih di tahap lulus. Sayugia diingatkan bahawa menjayakan 5S merupakan aktiviti teamwork keseluruhan kakitangan dan jika hanya beberapa orang sahaja atau pun terdapatnya 1 zon kecil yang dilihat hasil 5Snya macam tadika itu adalah perkara biasa. Barangkali kalau kita lihat ruang kerja mereka yang mengatakan 'macam tadika' tadi rupanya kelihatan macam 'kapal-pecah' atau 'macam tempat-kucing-beranak' ataupun 'macam sarang tikus'. Antara sebab lain yang berlakunya macam tadika adalah kerja penyiapan 5S yang dibuat last-minute. Lusa dah nak audit hari ini baru kelam kabut nak buat!. Apa pun saya melihat peringkat macam-tadika sememangnya dilalui dalam menjayakan 5S kerana itu sebenarnya adalah pemulaan dan dalam 5S tiada yang rigid ianya sentiasa berubah dengan penambahbaikan berterusan. Kata pujangga Ingeris "The Biggest Room In The World Is The Room For Improvement".

No comments:

Post a Comment