Sunday, February 13, 2011

Tahniah! Cawangan 99 Mart ke 241 di Presint 9 Putrajaya




Pembukaan mini-market 99 SpeedMart sememangnya dialu-alukan oleh penduduk kawasan Putrajaya khususnya di Presint 9, 10 dan Presint 11. Hari ini merupakan hari ke 2 kedai barangan keperluan harian ini dibuka dan syarikat kopi jenama Indocoffee membuat promosi 'minum percuma'. Susunan di dalam kedai memang menarik. Di luar kedai disediakan 3 tong sampah khas. Tentu ada banyak rahsia kejayaan kedai ini. Ianya dikendalikan secara subsidiari dan tidak melalui sistem franchise. Saya juga dimaklumkan pemilik rangkaian 241 buah kedai ini adalah seorang OKU. Slogan yang digunakan memang tepat iaitu "Dekat Lagi Murah".

No comments:

Post a Comment