Wednesday, February 2, 2011

eee..seronoknya balik kampung!



Cuti Tahun baru Cina kami ambil peluang balik kampung. Saya pula akan terus ke Perlis untuk taklimat, audit dan lawatan 5S. Perjalanan jauh Putrajaya ke kampung isteri di Penang memang tak terasa kerana 'hati melonjak sama'-ingin bertemu dengan sanak saudara yang selalu bermain di mata (pinjam senikata lagu Sudirman). Yang mencabarnya adalah perangai anak-anak dalam kenderaan sepanjang perjalanan. Bergaduh tak pasal-pasal. Sempat pulak lagi tu buka notebook main game/tenguk movie. Dan Yang aku geram sangat kenapa lepas makan tak reti nak buang 'sampah' supaya tak menyemak dalam kereta. Aduhai bilalah korang ni nak reti-reti 5S ntahlah...

No comments:

Post a Comment