Thursday, May 27, 2010

5S Bakal Jadi "The Fastest Growing Quality Tool In Malaysia"!

Dengan kemunculan pelopor-pelopor 5S yang secara berterusan mengekalkan sistem Amalan 5S di organisasi masing-masing di banyak negeri di Malaysia, membuatkan bilangan organisasi yang sudah berjaya mendapatkan persijilan 5S meningkat mendadak. Di Perak organisasi kerajaan iaitu IKM Lumut menjadi tempat penandaarasan. Manakala di Kelantan pula di Majlis Bandaraya Islam Kota Bahru. Putrajaya pula menjadi spot penandaarasan 5S mulai tahun 2008 apabila Pusat Infrastruktur Data Geospatial negara (MaCGDI) di Presint 4 berjaya menjadi organisasi pertama mendapat persijilan 5S dan memenangi Anugerah Kebangsaan di Putrajaya. Di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan. Baitulmal Sarawak merupakan Champion Anugerah Kebangsaan 5S anjuran MPC tahun 2009. Pejabat persekutuan Sabah dan JUPEM Sabah menjadi tempat dilawati oleh organisasi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang 5S. Labuan juga mempunyai organisasi terkenal dengan Amalan Mantap 5Snya iaitu di JUPEM Labuan.

No comments:

Post a Comment