Pada jam 4.40 petang tadi aku ke ATM Bank XX di Putrajaya untuk buat pengeluaran wang. Mulanya aku tekan rm1500 tapi wang tak keluar. Kemudian aku cuba pula rm1000 tak keluar juga. Aku try lagi rm900 tak keluar juga. Tetiba aku terasa cuak lalu terfikir "jangan-jangan tak keluar tapi dah tolak!". Kebetulan di atm bersebelahan ada pegawai bank yang sedang memberi bantuan kepada seorang pelanggan. Aku mendekatinya dan menceritakan masalah yang dihadapi. Pegawai tersebut tanya kat aku pakai kad apa?. Aku jawab kad bank YY. Ohh..katanya tadi ada sorang juga yang cuba draw tapi tak keluar duit bila check dah tolak...baik you check balance cepat. Aku terus ke atm bank XX tadi untuk check balance malangnya tak berjaya.Boleh print tapi tiada info. Dalam print out untuk permintaan pertanyaan baki bertulis 'Urusniaga Tidak Berjaya'. Pegawai bank tadi segera mencadangkan aku ke atm berdekatan iaitu atm bank ZZ. Aku segera ke sana dan semak balance. Alhamdulilah balancenya betul. So aku segeralah cuba untuk draw rm1500. Agak lama pula prosesnya dan berakhir dengan duit tak berjaya keluar. Dan bila aku check balance dah pula ditolak rm1500.Aduhai aku panik kejap...Pendekkan cerita aku dah berjaya repot kepada bank dan dijanjikan dalam tempuh 1 jam akan dapat reimbursement. Namun lepas 4 jam aku follow-up belum pun masuk duitnya. Aku follow-up katanya dalam tempuh 24 jam pula. Yang tak sedap tu katanya jika tak dapat dalam tempuh 24 jam akan berlanjutan ke 2-4 minggu.Aku terfikir berapa ramailah agaknya yang pernah terkena macam ni?.Yang paling benggang dalam tempuh menunggu ini adalah aku tak ada sebarang bukti.Apa yang aku lalui ini menimbulkan pertanyaan mengapa lain bank lain cara pengendalian proses pengeluaran melalui atmnya. Sebelum ke bank XX tadi aku telah ke Bank WW. Disana aku telah cuba juga untuk draw rm1500. Pun tak boleh tapi terus ada remark kat screen memberitahu pengeluaran 30 keping tidak dibenarkan. Nah! kan bagus jelas dan sangat memudahkan pelanggan!.
8 years ago
No comments:
Post a Comment