Sunday, July 22, 2012

5 Perkara Utama yang ditekankan dalam 5S

1. Mengelakkan dan mengatasi pembaziran
Dalam teks pembelajaran 5S selalu ditekankan tentang 7 jenis pembaziran. Semasa pertama kali saya mendengar ceramah tentang 5S yang paling saya tertarik adalah bila penceramah mengatakan "ruang adalah wang". Memang benar kita secara tidak sedar melakukan pembaziran ruang di pejabat baik pun di rumah.
2. Penambahbaikkan Berterus-terusan
Inilah yang berlaku dalam masyarakat Jepun. Mereka punyai budaya yang disebut Kaizen.
3. Disiplin
Amalan 5S melatih disiplin. Cabaran paling hebat adalah untuk menerapkan 5S di rumah. Bukan mudah untuk mendisiplinkan anak-anak kita.
4. Praktikal
Hebat mana pun sesuatu ide jika ianya tidak praktikal adalah tidak berguna.
5. Keselamatan
Aspek ini selalunya telah pun diambil kira semasa menjayakan 5S. Mengikut pengalaman, bagi memulakan 5S di rumah amat baik sekali dimulakan dengan mengambil kira aspek keselamatan. Rata-rata kita tidak mempedulikan langkah-langkah yang perlu diambil jika ada berlaku kecemasan. Cuba kita semak dimanakah letaknya kunci pintu kecemasan bilik tidor kita?.
(Penulisan ini akan dilengkapkan dari masa kesemasa)

3 comments:

  1. hai ade x any journal atau handbook utk relate amalan 5s dalam islam

    ReplyDelete
  2. Hi Eton..setakat ini belum ditemui. Ada seorang professor sedang menulis buku....kita sama-sama tunggu..

    ReplyDelete
  3. siapakh prof itu? boleh share?

    ReplyDelete