Batuk yang aku hidapi dah agak berpanjangan hampir 2 bulan. Hilang seminggu ketika di tanah suci semasa UMRAH Jun lepas. Aku tak nak ulas 'ajaib'semasa di tanah suci itu. Bukan saja batuk hilang tapi asma aku pun hilang juga. Bayangkan gunung JabalNor bole aku daki hingga ke Gua Hiraq di tengah malam yang sejuk. Wallaualambisawab. Namun menuju madinah dan hingga semalam batuk aku 'on-off' semula.Siang hari batuk sekali sekala tapi di malamnya start jam 3 pagi batuk agak teruk. Lalu aku teringat kawan ada bagi tau tentang khasiat cuka kurma+madu. Aku pun try minum dicampur dalam air. Dan mengejutkan selepas amalkan 3 kali (pagi,tengahhari dan sebelum tidor), malam tadi tidor aku lena sampai ke pagi tanpa gangguan batuk. Alhamdullilah.
8 years ago
No comments:
Post a Comment