Saturday, July 28, 2012

S6 = Sorok

Sorok selalunya dijadikan jenaka 5S yang disebut S ke 6. Sering kita dengar ungkapan "alahh..apa susah-susah kita guna jerr..S ke 6 iaitu sorok..hehe". Hakikatnya memang S6 ini berlaku. Mungkin boleh dikatakan mustahil dalam sesebuah organisasi yang berjaya mendapat sijil 5S, tiada seorang pun yang mengamalkan sorok. Ye ianya dilakukan bila keadaan terdesak iaitu dah begitu hampir dengan masa pengauditan 5S. Bagi kakitangan bekerja dipejabat selalunya sorok dibuat di dalam kereta atau pun dibawa balik ke rumah.

Slide 5S Baitumal Sarawak


Tidak ramai yang tahu bahawa Baitumal sarawak merupakan antara Champion 5S Malaysia yang telah pun mengamalkan 5S secara serious seawal tahun 2004. Organisasi cemerlang 5S ini juga telah meraih 2 anugerah kebangsaan dan merupakan peneraju 5S Sarawak. Tahniah Baitumal Sarawak. Di bawah ini adalah pautan slide 5S Baitulmal Sarawak. Penulis ingin merakamkan terima kasih kepada J/kuasa 5S Baitulmal Sarawak yang dengan murah hati berkongsi slide ini.

Pautan slide 5S Baitulmal Sarawak.

Friday, July 27, 2012

S5- Menjelmakan Peribadi Yang Mulia-Tazkirah Ramadan



S5-Sentiasa amal merupakan perkara yang sangat mencabar. Ianya dikaitkan secara langsung dengan disiplin. Kata ahli fikir: Discipline is what will change the future. Even if your schedules are world class, it is useless if you do not follow them.Shitsuke is discipline and discipline should be sustained.Dalam agama Islam perkara yang boleh dikaitkan dengan disiplin adalah amalan berwuduk. Itulah dia amalan kebersihan yang diwajibkan sebanyak 5 kali sehari. Tujuan berwuduk adalah memastikan kita berada pada tahap kebersihan yang paling bersih sebelum kita mengadap Allah yang maha besar, maha agung dan maha suci. Seterusnya kita diwajibkan bersolat 5 waktu. Sejumlah 17 rakaat setiap hari (dalam 24 Jam). Amalan bersolat yang dimulai dengan wuduk sebenarnya telah cukup untuk membentuk insan kepada peribadi yang mulia. Bukan itu saja segala hikmah bersolat itu yang tentunya amat luas (Waullahualam-Hanya Allah Yang Mengetahui. Secara umum solat dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan. Para-para saintis telah membuat kajian dan membuktikan bagaimana solat dapat menjamin kesihatan fizikal, emosi, mental, semangat dan spiritual. Solat sunat tahajud yang sangat digalakan dalam islam menurut kajian pakar di Indonesia dapat mengatasi stres dan barah(kanser). more

Thursday, July 26, 2012

Hidup adalah satu perjalanan

Ide/Grafik menarik yang dapat memberi peringatan kepada saya pagi ini. Ditemui semasa melayari facebook. Di post oleh rakan bernama Nikoti. Marilah kita sama-sama bersedia dengan 'bekalan' di alam selepas mati. Wallahualam.

Tuesday, July 24, 2012

Menyediakan Juadah Sahur Contoh Disiplin Hebat

Menyediakan juadah sahur mulai jam 4.45 pagi setiap hari sepanjang Ramadan bukannya satu perkara mudah. Namun disiplin yang tinggi berkat asuhan ibu sejak belasan tahun membuatkan iannya dapat dilakukan walaupun terpaksa pergi bekerja pula mulai 8.00 pagi.Gambar : Juadah 4 Ramadan 1433H. Ikan Masin Talang. Sambal Sotong dan Sahur Goreng.
30 minit kemudian.

Sunday, July 22, 2012

5 Perkara Utama yang ditekankan dalam 5S

1. Mengelakkan dan mengatasi pembaziran
Dalam teks pembelajaran 5S selalu ditekankan tentang 7 jenis pembaziran. Semasa pertama kali saya mendengar ceramah tentang 5S yang paling saya tertarik adalah bila penceramah mengatakan "ruang adalah wang". Memang benar kita secara tidak sedar melakukan pembaziran ruang di pejabat baik pun di rumah.
2. Penambahbaikkan Berterus-terusan
Inilah yang berlaku dalam masyarakat Jepun. Mereka punyai budaya yang disebut Kaizen.
3. Disiplin
Amalan 5S melatih disiplin. Cabaran paling hebat adalah untuk menerapkan 5S di rumah. Bukan mudah untuk mendisiplinkan anak-anak kita.
4. Praktikal
Hebat mana pun sesuatu ide jika ianya tidak praktikal adalah tidak berguna.
5. Keselamatan
Aspek ini selalunya telah pun diambil kira semasa menjayakan 5S. Mengikut pengalaman, bagi memulakan 5S di rumah amat baik sekali dimulakan dengan mengambil kira aspek keselamatan. Rata-rata kita tidak mempedulikan langkah-langkah yang perlu diambil jika ada berlaku kecemasan. Cuba kita semak dimanakah letaknya kunci pintu kecemasan bilik tidor kita?.
(Penulisan ini akan dilengkapkan dari masa kesemasa)

Saturday, July 21, 2012

Berbukalah dengan minuman yang mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

more-->bandung selasih kembang semangkuk
Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

more

Sejauhmanakah Keberkesanan Kempen Senyum?


Sudah lebih 1 tahun kempen senyum dilancarkan namun kesannya tak tau nak kata. Baru ini saya ke klinik berdekatan. Di kaunter pendaftarn pegawai yang mendaftarkan kad pengenalan saya tu saya dapati tak pun senyum. Kemudian di 'Triage' pun tak senyum. Doctor yang dalam bilik pun tak senyum. Bagaimanapun saya memang tersenyum ketika melihat bunting kempen senyum.

Selera Menjelang Ramadan

White Coffee dan Teh Tarik 3 in 1 jenama popular menjadi pilihan untuk diminum selepas berbuka.
2 Tin biskut untuk persediaan sekiranya terlewat bangun untuk bersahur dan juga untuk keperluan segera anak yang masih di sekolah tadika.

Thursday, July 19, 2012

Sebelum 5S-Meja Makan Jadi Meja Letak Pelbagai Benda

Semasa mula-mula membaca ungkapan 'a place for everything and everything in its place' tidak terasa sangat impak dari amalan ungkapan tersebut. Tapi bila dah kerap berada di rumah selepas bersara awal ini barulah perasan rupanya ungkapan itu memang bererti sekali. Rumusan yang boleh dibuat adalah selagi kita tidak mengadakan satu tempat yang tetap untuk setiap barang selagi itulah keadaan 'serabut' dimerata-rata ruang di rumah.

Batuk Lega Selepas 3kali Minum Cuka Kurma+Madu

Batuk yang aku hidapi dah agak berpanjangan hampir 2 bulan. Hilang seminggu ketika di tanah suci semasa UMRAH Jun lepas. Aku tak nak ulas 'ajaib'semasa di tanah suci itu. Bukan saja batuk hilang tapi asma aku pun hilang juga. Bayangkan gunung JabalNor bole aku daki hingga ke Gua Hiraq di tengah malam yang sejuk. Wallaualambisawab. Namun menuju madinah dan hingga semalam batuk aku 'on-off' semula.Siang hari batuk sekali sekala tapi di malamnya start jam 3 pagi batuk agak teruk. Lalu aku teringat kawan ada bagi tau tentang khasiat cuka kurma+madu. Aku pun try minum dicampur dalam air. Dan mengejutkan selepas amalkan 3 kali (pagi,tengahhari dan sebelum tidor), malam tadi tidor aku lena sampai ke pagi tanpa gangguan batuk. Alhamdullilah.

Tuesday, July 17, 2012

Pakar Kulit Sukar Ditemui.

Anak sulung aku lepas 5 bulan tak baik masalah kulitnya barulah berusaha untuk jumpa pakar kulit. Sebelum ini dia dah jumpa 4 orang doktor 'biasa' namun tak baik-baik. Macam-macam ubat/cream dan antibiotik dah sapu dan makan. Akhirnya dapatlah surat referal untuk temui pakar kulit di Hospital XX. Pergilah ke hospital berkenaan untuk dapatkan appointment. Tapi pelik sikit pula cara hospital ini memberikan appointment. Katanya 'nanti kami akan call no handphone anak saya tu.. Sudah 3 hari berlalu tapi belum juga cal. Bila follow-up katanya doktor pakar baru sahaja baca surat referal tersebut. Kami tak sabar pergilah ke klinik pakar kulit swasta. Nah kena charge rm210 hanya dengan konsultansi kurang-lebih 20 minit.

Pengeluaran Rm1500 Tak Berjaya Tapi Akaun Dah Tolak!

Pada jam 4.40 petang tadi aku ke ATM Bank XX di Putrajaya untuk buat pengeluaran wang. Mulanya aku tekan rm1500 tapi wang tak keluar. Kemudian aku cuba pula rm1000 tak keluar juga. Aku try lagi rm900 tak keluar juga. Tetiba aku terasa cuak lalu terfikir "jangan-jangan tak keluar tapi dah tolak!". Kebetulan di atm bersebelahan ada pegawai bank yang sedang memberi bantuan kepada seorang pelanggan. Aku mendekatinya dan menceritakan masalah yang dihadapi. Pegawai tersebut tanya kat aku pakai kad apa?. Aku jawab kad bank YY. Ohh..katanya tadi ada sorang juga yang cuba draw tapi tak keluar duit bila check dah tolak...baik you check balance cepat. Aku terus ke atm bank XX tadi untuk check balance malangnya tak berjaya.Boleh print tapi tiada info. Dalam print out untuk permintaan pertanyaan baki bertulis 'Urusniaga Tidak Berjaya'. Pegawai bank tadi segera mencadangkan aku ke atm berdekatan iaitu atm bank ZZ. Aku segera ke sana dan semak balance. Alhamdulilah balancenya betul. So aku segeralah cuba untuk draw rm1500. Agak lama pula prosesnya dan berakhir dengan duit tak berjaya keluar. Dan bila aku check balance dah pula ditolak rm1500.Aduhai aku panik kejap...Pendekkan cerita aku dah berjaya repot kepada bank dan dijanjikan dalam tempuh 1 jam akan dapat reimbursement. Namun lepas 4 jam aku follow-up belum pun masuk duitnya. Aku follow-up katanya dalam tempuh 24 jam pula. Yang tak sedap tu katanya jika tak dapat dalam tempuh 24 jam akan berlanjutan ke 2-4 minggu.Aku terfikir berapa ramailah agaknya yang pernah terkena macam ni?.Yang paling benggang dalam tempuh menunggu ini adalah aku tak ada sebarang bukti.
Apa yang aku lalui ini menimbulkan pertanyaan mengapa lain bank lain cara pengendalian proses pengeluaran melalui atmnya. Sebelum ke bank XX tadi aku telah ke Bank WW. Disana aku telah cuba juga untuk draw rm1500. Pun tak boleh tapi terus ada remark kat screen memberitahu pengeluaran 30 keping tidak dibenarkan. Nah! kan bagus jelas dan sangat memudahkan pelanggan!.

A Special Parking For Nail Clipper

Tempat menyimpan penyepit kuku ini adalah satu contoh 5S yang unik. Perhatikan bagaimana 'parking' dibuat dengan 'lubang-lubang' khas. Ianya pula disimpan pada keadaan 'vertical'. Inilah yang dikatakan bijak menggunakan ruang. Penyepit kuku dikategorikan alat yang kerap digunakan dan perlu diletakkan ditempat yang mudah dilihat. Konsep 'There is a place for everything and everything in its place' jelas diamalkan.

5S dan Tuntutan BERSIH

SPRM sering menjadi 'mangsa' tuduhan tidak adil semasa pilihanraya. Sudah tentu yang menuduh adalah dari kumpulan/party yang 'bukan pemerintah'. Dari salah satu fungsi SPRM iaitu memastikan senarai undi sentiasa kemaskini ianya berkaita terus dengan amalan 3Spertama. SISIHlah semua nama-nama yang telah tidak sepatutnya dalam senarai pengundi. SUSUNlah nama-nama supaya mudah pengesanannya dan 'senggara'kanlah nama-nama agar kemaskini.

more

Gotong Royong 5S Jabatan Radiology HUSM

Kakitangan Jabatan Radiologi telah mengorbankan cuti pada hari Sabtu dengan mengadakan aktiviti gotong royong sempena 5S.Mereka dengan secara suka rela telah datang menyisih, menyusun, menyapu (3Skan)peralatan, perabut,lorong lorong dan bilik bilik di jabatan Radiologi.
more

Saturday, July 14, 2012

Bagaimana SUSUN ditempat kerja anda.

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

more

Wednesday, July 11, 2012

Tajuk-Tajuk 5S Yang Popular

i)5S-a Japanese Management Productivity Tool
ii)5S Quality Management System
iii) 5S Management System

Tuesday, July 10, 2012

Pertanyaan Mengenai 5S Dari Siswa Master Degree

Seorang pelajar yang sedang menyiapkan kajian mengenai Waste Management At Construction Site telah menghantar kepada saya menanyakan mengenai 5S. Tergamam saya membacanya. Beliau ingin membuat satu sub topic dalam penulisannya yang berkaitan dengan waste menagement. Soalannya boleh tak dibuat tajuk '5S As Conceptual Framework'. Saya bertanya dalam hati 'dari mana pula siswa ini dapat ide tajuk tersebut'?. Sejauhmana agaknya pendedahannya dalam 5S?. Yang sebenarnya saya sendiri agak kabur dengan soalan yang diberikan. Saya belum menjawab smsnya kerana ingin membuat kajian sedikit dari internet.

Kelebihan dan Impak 5S

Sewaktu mengikuti ceramah 5S Bengkel 5S Lanjutan kepada pengamal-pengamal 5S TNB baru-baru ni para peserta telah diminta untuk memberikan pandangan mengenai kelebihan dan impak 5S yang telah dirasakan selepas mendapat persijilan. Jumlah peserta seramai 35 orang masing-masing telah memberikan maklumbalas tersendiri dan selepas 2 pusingan pun masih ada lagi 'point-point' baru yang belum disebut. Antara kelebihan dan impak yang disebut secara ringkas adalah seperti berikut:-
-tempat kerja kemas & teratur
-penjimatan tenaga letrik
-ruang kerja diguna sepenuhnya
-sentiasa bersedia untuk kerja
-imej jabatan terjaga dan meningkat
-pantas menyiapkan kerja
-senang mencari barang keperluan
-senang dan cepat mencari fail dan dokumen
-kerjasama dalam organisasi semangkin mantap
-menghargai masa
-mengamalkan kesederhanaan
-mengamalkan konsep 'recycle'
-peralatan diselenggara dengan lebih effisyen
-lebih seronok bekerja kerana ada tanggungjawab
-langkah-langkah penjimatan selalu difikirkan/diamalkan
-penerapan disiplin kepada semua kakitangan
-mementingkan kebersihan
-keselamatan diutamakan
-kesihatan juga diutamakan
-peningkatan bakat
-kakitangan lebih kreatif
-stor lebih terkawal
-tempat kerja ceria
-boss lebih mudah untuk memantau kerja/kakitangan
-bilik mesyuarat lebih teratur dan dipastikan audio-video/multimedia sentiasa tip-top
-keseronokan bekerja meningkat
-troli mudah dikesan
-semangat gotong-royong bangkit semula
-bilik pantri ceria dan peralatan semua ok
-tiada lagi barang-barang menyemak bawah meja
-wayar-wayar eletrik/komputer dijaga
-penggunaan laci untuk peribadi diminimakan
-a place for everything, everything in its place
-peningkatan sikap saling menghormati antara pekerja
-penjimatan masa dan tenaga
-tandas pun ceria dan wangi serta ada pokok-pokok
-semua barang rosak/tak perlu telah dibuang
-urusan pembuangan sampah lebih efisyen
-pengagihan tugas lebih sama-rata melibatkan keseluruhan kakitangan
-semua orang ada peranan maka ada 'feeling important'
-switch lampu dan kipas mudah dikesan

Monday, July 9, 2012

Bila Usaha Menyiapkan Tanda 'Parking' Dilakukan Tergesa-gesa..

Hari ini saya berada di sebuah organisasi yang telah lama mendapat persijilan 5S. Dari jauh lagi saya sudah ternampak tanda-tanda 'parking'yang telah tidak lagi berfungsi.
Penggunaan 'tape' yang sukar tanggal menyebabkan tanda parking di lantai tidak dapat dibersihkan sepenuhnya.
Ruang parking yang dibuat terlebih besar.
Tanda 'parking' dibuat menggunakan cat.

Friday, July 6, 2012

Detik-Detik Pengumuman Layak Dipersijilkan 5S

Hari ini berlangsung Audit Persijilan 5S di sekolah seorang kawan di Setapak. Selepas berusaha gigih melaksanakannya dengan menempuh berbagai cabaran akhirnya berita gembira diterima. Kata kawan tersebut ramai (termasuk guru-guru) yang meleleh airmata ketika pengumuman rumusan pengauditan. Hanya yang pernah menjayakan Persijilan 5S dapat merasakan dan menghayati 'journey to 5S' sebenar-benarnya. Tahniah Cikgu dan Team 5S sekolah.
nota: gambar akan dimuatkan selepas mendapat izin

Thursday, July 5, 2012

Tahniah SK Presint 11(1)

Sewaktu saya pergi mendaftar anak ke darjah 1 di SK Presint 11(1) semalam, saya terkejut dengan persekitarannya yang cantik dan kemas.Terdapat juga papan notis guru bertugas serta aktiviti semasa sekolah. Saya dapat merasakan betapa anak-anak murid serta para ibu-bapa mereka berasa bangga dengan SK Presint 11(1).

Pizza Hut's Secret of Success

The reason behind Pizza Hut's success all over the world is its steadfast belief and uncompromising drive in providing customers the best in terms of product quality, service, cleanliness and value . Pizza Hut pizzas are made with fresh dough baked daily and smothered with our very own Pizza Hut special tomato sauce, meat toppings, vegetables and a double layer of 100% pure imported Mozzarella cheese . Pizza Hut culture is integrity Invest heavily in our people through skills training and management development. expertise, innovative ideas and hard work

Wednesday, July 4, 2012

Organize Your Cats

Sibuk-sibuk nak 5Skan rumah tetiba kucing pula beranak dalam stor. Aduhai sekali beranak sampai 6 ekor pulak tu!.
Anak-anak suka bermain dengan anak-anak kucing. Alhamdulillah dek kerana leka bermain dengan anak kucing tu,sepanjang kami mengerjakan umrah mereka pun seronok di rumah. Kami dah risau kot-kotlah mereka jadi demam.
Bukan mudah beranak 6. Namun si ibu tetap mengamalkan 'susu ibu yang terbaik'. Tapi yang kesiannya si anak yang terpaksa berkorban tertindih ketika menetek. Hihi..
Nilah yang paling mencabar. Nak disiplin kemas dan cuci tempat makan kucing-kucing.
Spesial betul makanan kucing sekarang ni. Siap ada tempat khas.
Sebelum ni kucing-kucing kami berada dalam rumah. Bila dah mula berak merata kami terpaksa buatkan 'rumah' khas di luar.Sekali lagi disiplin membersihkan rumah kucing sungguh mencabar..



Tuesday, July 3, 2012

Having Good Records and Also Must Examine The Records...

Seven cases of ATM theft have been reported in the first six months of this year with losses amounting to RM1.8mil.

On June 22, a group called the Oxy Gas Gang broke open an ATM at a hypermarket in Taman Permata and got away with RM80,000.

On May 26, an ATM was stolen, incurring losses of over RM61,000.

On May 25, an ATM containing RM200,000 was stolen from a shopping complex in Balakong and on April 29, robbers made off with RM190,000 after breaking open an ATM at Mid Point, Ampang.

Crime analyst Kamal Affendi Hashim said owners should examine the records of companies installing security systems and also records of security companies.

Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) communications director Mohd Yusof Abdul Rahman said banks should station armed security guards at ATMs after operating hours. - Bernama