Sibuk-sibuk nak 5Skan rumah tetiba kucing pula beranak dalam stor. Aduhai sekali beranak sampai 6 ekor pulak tu!.
Anak-anak suka bermain dengan anak-anak kucing. Alhamdulillah dek kerana leka bermain dengan anak kucing tu,sepanjang kami mengerjakan umrah mereka pun seronok di rumah. Kami dah risau kot-kotlah mereka jadi demam.
Bukan mudah beranak 6. Namun si ibu tetap mengamalkan 'susu ibu yang terbaik'. Tapi yang kesiannya si anak yang terpaksa berkorban tertindih ketika menetek. Hihi..
Nilah yang paling mencabar. Nak disiplin kemas dan cuci tempat makan kucing-kucing.
Spesial betul makanan kucing sekarang ni. Siap ada tempat khas.
Sebelum ni kucing-kucing kami berada dalam rumah. Bila dah mula berak merata kami terpaksa buatkan 'rumah' khas di luar.Sekali lagi disiplin membersihkan rumah kucing sungguh mencabar..
No comments:
Post a Comment