Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Friday, July 27, 2012
S5- Menjelmakan Peribadi Yang Mulia-Tazkirah Ramadan
S5-Sentiasa amal merupakan perkara yang sangat mencabar. Ianya dikaitkan secara langsung dengan disiplin. Kata ahli fikir: Discipline is what will change the future. Even if your schedules are world class, it is useless if you do not follow them.Shitsuke is discipline and discipline should be sustained.Dalam agama Islam perkara yang boleh dikaitkan dengan disiplin adalah amalan berwuduk. Itulah dia amalan kebersihan yang diwajibkan sebanyak 5 kali sehari. Tujuan berwuduk adalah memastikan kita berada pada tahap kebersihan yang paling bersih sebelum kita mengadap Allah yang maha besar, maha agung dan maha suci. Seterusnya kita diwajibkan bersolat 5 waktu. Sejumlah 17 rakaat setiap hari (dalam 24 Jam). Amalan bersolat yang dimulai dengan wuduk sebenarnya telah cukup untuk membentuk insan kepada peribadi yang mulia. Bukan itu saja segala hikmah bersolat itu yang tentunya amat luas (Waullahualam-Hanya Allah Yang Mengetahui. Secara umum solat dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan. Para-para saintis telah membuat kajian dan membuktikan bagaimana solat dapat menjamin kesihatan fizikal, emosi, mental, semangat dan spiritual. Solat sunat tahajud yang sangat digalakan dalam islam menurut kajian pakar di Indonesia dapat mengatasi stres dan barah(kanser). more
No comments:
Post a Comment