Tuesday, July 13, 2010

Tandas di R&R Maju Expressway Sungguh Mengecewakan . Lagi Bukti Syarikat Kurang Fokus Pelanggan





Peti tisu kosong dan ruang mandi banyak sampah adalah 2 hal yang 'pelik' saya temui di R&R KL ke Putrajaya hari ini. Kemana perginya pegawai yang bertanggungjawab. Yang jelas tiada amalan meletakkan nama 'person-in-charge'. Syarikat yang sama juga tidak mengindahkan mentol yang terbakar di surau lelaki TOL Putrajaya. Sejak post saya pada 3 Jun mentol di surau tersebut masih belum diganti. Apa yang dapat kita rumuskan adalah moto syarikat iaitu Cepat-Jimat-Selamat'perlu ditambah dengan 1 lagi iaitu 'Bersih' manakala syarikat pula perlu lebih fokus pelanggan dengan mengamalkan 5S.

1 comment: