Nampaknya menjelang raya saya pun terpaksa lebih sibuk menguruskan penghantaran barang perniagaan saya iaitu jus monavie. Tak kira siang-malam ada je sms tempahan diterima. Pelanggan juga lebih kreatif mengenai tempat penghantaran. Stesen tol (yang boleh buat u-turn) menjadi pilihan.Antaranya adalah tol bangi dan tol UPM. Saya terpaksa juga ke mdc(monavie distribution centre) diwaktu luar pejabat. Mdc yang dimiliki oleh kawan saya yang baru dibuka 2 bulan lebih sangat membantu. Malam tadi saya diberi kepercayaan untuk ke ruang stor untuk bersama mengambil stok dan mendapati susunannya sangat simple tetapi praktikal.
No comments:
Post a Comment