Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Wednesday, August 15, 2012
Buat Baiklah Dengan Kucing
Sewaktu bersahur pagi ini tetiba seekor kucing masuk ke rumah kami. Anak-anak saya punyalah benggang dan marah terus menghalaunya keluar. Tapi kucing tersebut tak mau keluar. Saya mengambil seketul ayam untuk memberinya makan dan mengajaknya keluar rumah. Selepas keluar dari rumah kami menutup semua pintu/ruang masuk ke rumah. Bagaimanapun kucing tersebut tetiba muncul semula dari satu sudut. Kami sungguh terkejut. Saya segera ke sudut tersebut dan mendapati daun pintu(belakang rumah) telah terbuka. Siapakah yang telah membukanya dan cuba masuk ke rumah kami? Agaknya kucing tadi ingin memberi tahu kepada kami. Syukor Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment