Tuesday, August 28, 2012

UITM Shah Alam Persistence Menjayakan 5S

Tahniah UITM Shah Alam kerana berterusan menjayakan Persijilan 5S.



Saturday, August 18, 2012

Berat Mata memandang, Berat Lagi.....

Akhirnya berjaya juga Asyran bertemu dengan Pakar Kulit Hospital Kerajaan. Tu dia..! bakal-bakal doktor mengerumuninya untuk latihan sambil belajar.

Thursday, August 16, 2012

Oh Cabaran Sungguh Hari ni..

Hari ke27 Ramadan ni, macam-macam hal mencabar puasa aku: mula sekali terbabas waktu bersahur..pergi KL pulak terlupa kat mana parking kereta. Yang perasannya tak jauh dari Suria KLCC. Bila tanya kat orang diarahnya aku ke mana entah...last-last aku berpusing-pusing keliling KLCC. Kemudian nak p ambil visa kat tingkat 19 Wisma MCA eluk sampai jam 4.05 minit petang rupanya tutup jam 4.00. Aduhai kena datang balik esuk.
Tempuh 'bottle-neck'.
Jam 6.04 petang jam teruk di Jalan Tun Razak.

Wednesday, August 15, 2012

Simple and Practical

Nampaknya menjelang raya saya pun terpaksa lebih sibuk menguruskan penghantaran barang perniagaan saya iaitu jus monavie. Tak kira siang-malam ada je sms tempahan diterima. Pelanggan juga lebih kreatif mengenai tempat penghantaran. Stesen tol (yang boleh buat u-turn) menjadi pilihan.Antaranya adalah tol bangi dan tol UPM. Saya terpaksa juga ke mdc(monavie distribution centre) diwaktu luar pejabat. Mdc yang dimiliki oleh kawan saya yang baru dibuka 2 bulan lebih sangat membantu. Malam tadi saya diberi kepercayaan untuk ke ruang stor untuk bersama mengambil stok dan mendapati susunannya sangat simple tetapi praktikal.

Buat Baiklah Dengan Kucing

Sewaktu bersahur pagi ini tetiba seekor kucing masuk ke rumah kami. Anak-anak saya punyalah benggang dan marah terus menghalaunya keluar. Tapi kucing tersebut tak mau keluar. Saya mengambil seketul ayam untuk memberinya makan dan mengajaknya keluar rumah. Selepas keluar dari rumah kami menutup semua pintu/ruang masuk ke rumah. Bagaimanapun kucing tersebut tetiba muncul semula dari satu sudut. Kami sungguh terkejut. Saya segera ke sudut tersebut dan mendapati daun pintu(belakang rumah) telah terbuka. Siapakah yang telah membukanya dan cuba masuk ke rumah kami? Agaknya kucing tadi ingin memberi tahu kepada kami. Syukor Alhamdullilah.

Monday, August 13, 2012

Masjid Putra Putrajaya Dalam Proses Mendapatkan Persijilan 5S

Selepas Solat Tarawikh malam kelmarin saya terpandang satu banner agak besar bertujuan memaklumkan bahawa Masjid Putra Putrajaya Dalam Proses Mendapatkan Persijilan 5S.

Thursday, August 9, 2012

Promosi Bijak AisKrim Baskin Robbin

Sempena kejayaan team Olimpik Malaysia Baskin Robbin 'belanja' 1 scoop aiskrim.
Tak semena-mena tingkat 2 Alamanda Putrajaya penuh sesak. Memang terkejut malam tadi bila ramai yang sanggup beratur berjam-jam untuk mendapatkan 1 scoop aiskrim. Malah sewaktu saya bertolak balik sekitar jam 10.15 malam masih begitu panjang lagi orang yang beratur. Ramai juga yang kecewa tak dapat...lalu aiskrim brand lain yang ada di Alamanda menjadi laris malam tadi. Kami yang kebetulan datang untuk menyiapkan gambar visa pun tetiba teringin makan aiskrim.

Feedback Form

Di Standard Chartered Bank saya dapati susunan dan hiasan dalamannya amat unik. Selain dari itu 'feedback form'nya juga sangat menarik.

Friday, August 3, 2012

Rahsia Warna Dan Waktu Solat

Saya rasa macam tak percaya dengan artikel 'Rahsia Warna Dan Waktu Solat' ini. Apa pun saya akan terus mendalami 'ilmu' yang tersirat disebalik artikel tersebut. Sebelum ini saya juga telah terdedah dengan 'rahsia warna buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kesihatan. Rupanya warna-warna yang dijadikan Allah ada rahsia-rahsianya yang menakjubkan. Wallaualambisawab.

more

77 Syarikat Tak Sah

Ketika membaca berita ini saya rasa bersyukor kerana tidak menjadi salah seorang pelabur. Saya hampir-hampir 'tergoda' dan berminat juga ingin mencuba. Mana taknya rakan yang melabur tiap bulan dapat puluhan ribu...mercedes baru dah order. Cumanya saya pelik jugak mengapakah dah 77 syarikat baru nak masuk 'paper'!!. Wallahualam bisawab.


Wednesday, August 1, 2012

Mengapa Syarikat Perniagaan Banyak yang Kecundang?

Saya melihat banyak syarikat perniagaan yang kecundang kerana gagal mengekalkan keghairahan dan disiplin diri. Sebelum tertubuhnya syarikat: berbagai usaha dilakukan, segala kreativiti dan ide dicurahkan. Siang-malam bertungkus-lumus menyiapkan/menghias premis perniagaan. Beratus ribu habis. Namun 1-2 tahun kemudian keghairahan dan disiplin diri mulalah menurun. Pelanggan datang pun kurang dihiraukan.

‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’

3S ini adalah cadangan tema hari kebangsaan 2012.

more