8 years ago
Friday, February 4, 2011
Harga Ayam RM 8.00 sekilo!
Malam ni kami ke Pasar Malam Presint 2. Cadangannya malam ni nak goreng ayam dan makan rojak buah. Sampai di pasar kami terkejut dengan harga ayam RM8.00 sekilo. Timun RM4.50 sekilo. Aduh..kansel nak goreng ayam. Kita goreng kue teow jerlah..belilah tauhu, tauge dll perencah. Ahh..tak baik mengeluh!! Dalam kepala beriltizam nak melawan keadaan..memandangkan harga barang semakin naik tak menentu. Sedangkan pendapatan bulanan tak meningkat. Terjejaslah kualiti makanan dimana 'aksesori' tambahan untuk kue teow seperti limau sambal, daun-daun saderi/bawang dll tidak dibeli. Usaha penjimatan belanja nampaknya kena digandakan. Pembaziran lampu-kipas-aircond-air-telefon dielakkan. Penjimatan dan elak pembaziran ni nampak macam mudah tapi mencabar sekali. Melawan kebiasaan yang dah sebati satu perjuangan memakan masa. 6 orang anak nak didisiplinkan serentak memang mustahil.
Lebih-lanjut mengenai Pasar-malam Putrajaya<-klik sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment