8 years ago
Tuesday, February 1, 2011
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul
Melihat Makcik terlantar sakit tua dirumah yang semakin usang sungguh menyayat hati. Lebih menyedihkan adalah bila mendapati keadaannya yang tidak terurus dengan baik. Kami dapati kain yang dipakainya basah dan berbau hancing. Ditanya sudah makan dan jawabnya belum sedangkan waktu dah hampir 12.00 tengah hari. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seorang anak yang menjaganya terpaksa menangguhkan/ melupakan sementara mencari kerja tetap walaupun sudah berumur 36 tahun. Itulah pengorbanan seorang dari 6 orang anaknya. Kita juga kerap membaca di dada akhbar dan mendengar serta menemui keadaan orang tua yang seolah 'dilupakan' ini. Apa yang ingin saya highlight adalah penjagaan makcik tadi ketika di rumah. Sebenarnya penjagaan yang terbaik hanya akan terhasil dari disiplin yang tinggi. Saya mendapati persekitaran tempat tidur dan rehat setiap masa makcik uzur tersebut amatlah tidak terurus. Barangkali anak yang menjaganya pun sudah tidak peka dengan keadaan akibat cabaran yang berpanjangan. Dan barangkali juga keadaan-keadaan yang tidak terurus itu kerana ianya sudah kebiasaan. Waullahualambisawab. Mengenangkan keadaan itu mengingatkan saya agar cuba sedaya mungkin melatih anak-anak mengamalkan serta mengikuti disiplin amalan 5S kerana mungkin satu hari nanti giliran saya pula yang terlantar!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment