Monday, January 31, 2011

Konsep 'Ownership' di R&R Gurun




Sesuatu yang boleh dibanggakan di R & R highway PLUS di Gurun Kedah adalah kedai-kedai makannya. Semua kedai meletakkan Carta Organisasi bergambar pemilik dan pekerja-pekerja kedai. Hal ini dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada pelanggan tentang ketelusan penyediaan/perkhidmatan makanan/minuman di kedai tersebut.

Saturday, January 29, 2011

5S Universiti Malaysia Sabah Labuan


Logo 5S UMS Labuan yang menarik
...5s juga merupakan amalan ke arah pembentukan sikap dan disiplin yang positif melalui pengwujudan persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa dan sihat...Welcome 5S read more
..

Friday, January 28, 2011

" 6 Bulan Pertama Lepas Pencen Nak 5Skan Rumah!"


Bos tempat isteri saya bekerja akan mula bersara lepas tahun baru Cina. Ditanya apakah yang ingin dilakukannya selepas pencen. Mr Lee kata dia nak 5Skan rumah dalam tempoh 6 bulan selepas dia pencen. Rasanya tak ramai yang macam Mr Lee ini. Dan tentu sekali Mr Lee seorang yang telah benar-benar nampak kepentingan 5S. Semestinya banyak sekali barang yang perlu disisih, disusun seterusnya disenggarakan. Bayangkanlah selama lebih 30 tahun bekerja dan kini berada di alam persaraan!.

Thursday, January 27, 2011

Cabaran Menghantar Budak Ke Sekolah



Jam 7.10 pagi 27 Jan 2011 : Semua orang sibuk menghantar anak sekolah. Masalahnya semua bergerak dalam masa yang lebih kurang sama. Saya pulak kena hantar 3 orang anak ke 3 buah sekolah. Sekolah menengah, rendah dan tadika.Dan tiap hari pasti temui jam. Tapi yang paling bengang adalah bila berada di belakang bas Nadi Putra di selekoh ke sekolah menengah (lihat gambar di atas)disebabkan traffic-light merah. Sepatutnya saya dah boleh jalan terus tapi tersekat disebabkan bas yang panjang. Sudah beberapa kali saya terkena keadaan tersebut tapi tak berupaya mengatasinya. Perbadanan Putrajaya harus memikirkan sesuatu langkah penyelesaian untuk keselesaan 'pelanggan'nya.Jika tidak dengan usaha melebarkan jalan mungkin dengan membuat roundabout menggantikan traffic-light.

Wednesday, January 26, 2011

Whats New in Restoran Mamak..



Mamak memang popular dengan 'kedekut'nya. Kerapkali saya terkena bila meng'order' mee or nasi goreng didapati perencahnya amat minima sekali seekor udang pun payah nak ada.Tapi harganya nah! memang standard. Dan paling ketara lagi adalah tisu pun cukup berkira. Akhir ini, saya dapati di atas meja Restoran Mamak yang saya kerap singgah, ada pula iklan promosi JUS. Iklan tersebut diletakkan dalam bekas plastik yang amat praktikal diletakkan atas meja. Wah..bijak sungguh Mamak mengguna penuh ruang yang ada di kedainya. Patutlah rata-rata mamak berjaya dan terus maju dalam perniagaan restoran. Rupanya Mamak memang bijak dalam menguruskan aset termasuk ruang yang ada disamping mengamalkan budaya jimat-cermat. Budaya 5S rupanya telah lama diamalkan di restoran dan kedai mamak!.

Tuesday, January 25, 2011

Tiara Beach Resort Vs Paya Indah Wetlands




Sampai jer di Tiara Beach Resort (TBR) anak-anak dah tak sabar nak masuk kolam. Bila dah masuk dalam kawasan mandi-manda seronoknya bermain air sampai ke petang. Saya amat kagum dengan cara pengurusan TBR yang berjaya menarik ratusan pengunjung. Saya sempat sembang dengan sales manager TBR. Katanya untuk 'maintain' 2 kolam mandi besar tu kosnya amat tinggi. Pekerja TBR kena membersihkan kolam-kolam setiap hari. Apa lagi saya pun kempen agar TBR dapatkan sijil 5S.

Monday, January 24, 2011

Kesesakan Yang Membahayakan Nyawa



Baru ni saya ikut anak ke 'education fair' di KLCC. Untuk elak jam kami menaiki kenderaan awam iaitu komuter. Sewaktu perjalanan balik dari KL-Central ke Serdang saya dapat merasa pengalaman menaiki komuter yang amat sesak. Sepanjang perjalanan kami sungguh berasa 'ngeri' dan 'tension'(2 keping gambar di atas menceritakan segalanya).Keadaan ini sungguh mengecewakan terutama dari aspek keselamatan dan kesihatan. Lebih teruk lagi penumpang veteran seperti saya dan juga bayi serta kanak-kanak bawah 10 tahun. Saranan saya KTMB perlu segera mencari langkah mengatasi masalah 'limpahan pengguna' pada waktu/hari tertentu terutamanya hujung minggu.

Sunday, January 23, 2011

Penerapan nilai 5S di sekolah.



Semakin banyak sekolah-sekolah yang telah menerapkan nilai-nilai Amalan 5S. Syarikat makanan/minuman pula dilihat membantu usaha sentiasa amal terhadap kebersihan. Syabas syarikat minuman Twister!.

Saturday, January 22, 2011

Senyum = Sedekah


Anak saya yang baru masuk darjah 2 ni pantang dapat kamera. Mulalah posing sana posing sini. Yang heran tu masa bila dia belajar function-function kamera tu pun saya tak tahu. Pandai pulak dia guna 'automatic snap'. Memang betullah orang kata budak-budak sekarang 'cepat tangkap'. Hehe game lagilah no 1. Tapi kenapa ye tentang amalan 5S tak pulak cepat dia ikut. Agaknya abang-abang dan kakak-kakak serta ibu-bapanya pun belum menunjukkan contoh 5S yang cemerlang.

Friday, January 21, 2011

Sukarnya Untuk Dapat Scholarship Khazanah


Antara Scholarship yang paling berprestij di Malaysia adalah Scholarship Khazanah. Ramai pelajar yang berangan-angan untuk mendapatkannya termasuk anak saya. Ada macam-macam jenis Scholarship yang ditawarkan. Ada jenis Watan, Global, Merdeka Khazanah Scholarship dan lain-lain lagi. Selepas dikaji akan keperluan untuk memohon antara perkara yang mesti ditunjukkan adalah keputusan cemerlang yang konsisten dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 serta juga di sekolah rendah. Nah! Mulalah kami memikirkan kat mana letaknya maklumat-maklumat keputusan itu. Nampak gaya banyaklah masa terbuang untuk mendapatkannya di sekolah lama. Sekolah rendah di Kota Kinabalu. Tingkatan 1 di SMS Labuan. Alangkah senang jika semuanya telah berada dalam fail khas.

Thursday, January 20, 2011

What happen in the family area at 4 am?


When I woke up at 4 am this morning for Tahajud-Taubat and Hajat prayer, the family area was very messy. Really wonder what my children did there last night?.Why have they still not practising the principle of 5S? There were glass on the floor and on the table many other things scattered. Well..then I came to a conclusion that is..'it is all about descipline' and to sustain in 5S needs 'self-descipline-culture'.

Wednesday, January 19, 2011

Tempat Tuala Mandi


Tuala mandi digunakan 2 kali sehari. Ianya adalah salah satu item yang paling kerap digunakan di rumah. Apatah lagi bagi keluarga seperti kami yang ada 8 orang. Oleh itu tempat menyidai tuala khas mesti disediakan untuk memastikan tuala berada di tempat yang mudah dikesan semula apabila diperlukan.

Monday, January 17, 2011

Ujian Kemantapan 5S Di Rumah

Pagi kelmarin adik beradik konfim nak datang ke rumah. Katanya akan sampai tengah hari. Berapa ramai? 4 buah Kereta!!Wah! Nak kena prepare makan tengah harini..!

Nasib baik orang rumah ada ready mee dan tulang lembu untuk buat mee sup. Masak-memasak berjalan serentak dengan mengemas. Dalam keadaan ini kemantapan 5S amat membantu. Tapi rupanya banyak lagi yang belum mantap. Cari sudu dan garpu banyak dah tak tahu kat mana. Gelas minuman pun tetiba tak jumpa. Kenalah pergi ke kedai berdekatan beli gelas kertas.

Saturday, January 15, 2011

Kaizen 5S IKM TSYA Pekan Pahang

Antara aktiviti KAIZEN dan inovasi 5S yang dilaksanakan oleh IKM TYSA adalah :

1. Kereta 5S bagi Lawatan Sambil Belajar 5S daripada organisasi / jabatan luar
2. Hari 5S yang dilancarkan sendiri oleh YB Adun Peramu Jaya, Pahang
3. Penanaman Pokok 5S
4. Ikrar 5S
5 Pertandingan 5S Xplorace
6. Pertandingan Esei 5S
7. Kek 5S

Read more

Friday, January 14, 2011

Tempat Khas Untuk Kitab Suci



Salah satu amalan untuk kebahagiaan hidup setiap muslim adalah membaca Al-Quran setiap hari sebelum matahari terbit. Bacalah walau sepotong ayat dan sebaiknya dengan memahami maknanya sekali. Untuk menjayakan misi tersebut maka mempunyai tempat yang khas untuk kitab suci Al-Quran sangat membantu. Ianya akan memudahkan kita untuk mendapatkannya tatkala ingin membaca. Kami amat bersyukor mendapat hadiah dari Bos Pejabat yang berupa tempat khas kitab suci yang dimaksudkan. Ianya amat praktikal untuk menyimpan dan juga berfungsi sebagai 'rehal'kerana serta amat bertepatan dengan pronsip 5S iaitu 'There is a place for everything and everthing in its place'.

Thursday, January 13, 2011

Penceramah 5S dari kalangan 'practitioner'



Kini telah ramai 'practitioner' yang boleh memberikan ceramah mengenai 5S. Perkongsian ilmu berlandaskan pengalaman menjayakan 5S dengan melakukannya sendiri tentunya lebih memberikan impak kepada pendengarnya. 2 gambar di atas menunjukkan penceramah dari kalangan 'practitioner' yang dimaksudkan. Sila ke link. Read more

Wednesday, January 12, 2011

Jawatan Pegawai 5S



Saya sempat ke 'Education Fair' di KLCC hujung minggu lepas. Berduyun-duyun pengunjung yang datang ingin mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Saya sebenarnya ingin tahu kat mana boleh saya belajar tentang urutan badan untuk kesihatan. Kot-kot adalah tempat boleh buat diploma refleksologi ke atau shiatsu!. Memang tak terfikir pun nak dapatkan maklumat tempat untuk belajar ke tahap diploma atau sijil 5S kerana memang dah tahu di Malaysia lum ada.

Saya terjumpa satu booth Doctor Job. Di sini saya dimaklumkan tentang kursus yang saya minat itu. Katanya saya boleh belajar urutan melalui kursus physioterapi dan juga kursus terbaru dari IMU iaitu Degree in Chinese Herbs dan Acupuncture.

Tuesday, January 11, 2011

Seiso -S3 Basikal




Lihatlah keadaan basikal anak saya yang kempis dan berkarat. Ianya sudah lama tak digunakan dan juga tak disenggarakan dengan baik. Pokoknya disiplin penjagaannya jugalah yang lemah. Semangat 5S membuatkan saya melakukan sesuatu agar basikal ini dapat digunakan semula. Saya segera mengumpulkan spanar dan lain-lain peralatan dalam satu bakul khas dan mulai meletakkan skrew-skrew dalam tempat khas juga.

Amalan S3 iaitu seiso adalah untuk memastikan semua aset berada dalam keadaan 'tip-top'. Namun S3 yang diterjemah ke dalam bahasa melayu sebagai 'Sapu' membuatkan pemahaman yang sempit.

70 Hari Tidak Update

Saya sendiri pun tak sangka yang Syarikat TM akan mengambil masa yang begitu lama untuk memindahkan WiFi Streamyx saya ke rumah baru di Putrajaya. Entah dimana silapnya.
Yang pasti saya telah pun membuat laporan sebanyak 8 kali ke talian 'customer service' TM. Akhir sekali selepas kali ke3 saya pergi ke TMpoint Cyberjaya iaitu pada 7 Januari 2011, hari semalam 10 Januari WiFi saya kembali aktif. Saya tidak dimaklumkan akan masalah sebenar yang dihadapi oleh TM. Yang jelas syarikat TM ini memang belum mengamalkan 5S sebagai budaya kerja mereka.

Apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kepada staf TM Cyberjaya iaitu Shakila yang telah membuatkan WiFi saya aktif semula.