Monday, September 27, 2010

Impak Segera Sisih dan Susun - Penjimatan Ruang

Salah satu faedah amalan 5S adalah penggunaan ruang secara optimum. Ianya adalah bertepatan dengan ungkapan 'ruang adalah wang'. Organisasi yang melaksanakan sisih dan susun dalam usaha ke arah pensijilan 5S pastinya akan merasakan salah satu impak segeranya iaitu penjimatan ruang. Nyata sekali usaha yang 'simple' yang dilihat satu perkara kecil tetapi dapat memberikan impak yang amat besar.Hal ini sering membuatkan kita bertanya:mengapakah hanya apabila digerakkan 5S baru usaha 'sisih' dilakukan?. Banyak dokumen-dokumen dan bahan-bahan yang tersimpan di dalam kabinet dan laci-laci rupanya sudah tak diperlukan dan sudah sepatutnya dibuang awal-awal lagi. Muncullah kesedaran bahawa perihal 'sisih dan susun' rupanya perlu diamalkan setiap hari. Inilah sebenarnya cabaran yang dimaksudkan dalam S yang ke5 iaitu sentiasa amal. S ke5 inilah juga yang berkait rapat dengan disiplin yang amat sukar untuk disemat dalam diri tiap individu kecuali sudah dilatih sejak kecil.


Disebalik mengguna penuh setiap ruang bagi mencapai matlamat organisasi, kadang-kadang elemen keselesaan pelanggan pula yang terlepas pandang. Adalah menjadi polisi Amalan 5S iaitu ke arah peningkatan produktiviti dan kepuasan pelanggan dalaman dan juga pelanggan luaran. Gambar-gambar yang paparkan ingin membuka minda bersama persoalan kepuasan/keselesaan pelanggan yang dimaksudkan. Apakah cukup dengan kerusi yang selesa di ruang menunggu walhalnya tiada pelanggan yang duduk kerana cahaya matahari terik memancar?. Sama-samalah kita fikirkan..

No comments:

Post a Comment