Telah menjadi budaya orang melayu kita, bila tetamu nak datang ke rumah, maka, masa itulah gerakan mengemas terutamanya di ruang tamu. Bezanya ketika menjelang raya seluruh rumah dikemas. Akan tetapi, apa yang berlaku adalah kemas yang dimaksudkan adalah pada tahap kemas dipenglihatan sahaja. Kalau tak percaya bukalah laci-laci dan almari, akan kelihatanlah bermacam-macam benda di dalamnya.
Mungkin juga ada yang telah memulakan mengemas lebih awal maka dapatlah membuat sisih-susun-sapu lebih sikit. Namun amalan 'last-minute' tetap juga berlaku. Maka tak hairanlah jika malam raya masih lagi mengemas; mencari mentol lampu baru untuk menggantikan yang terbakar. Di pagi raya pula baru perasan dalam kereta pula lupa untuk dikemas.
8 years ago
No comments:
Post a Comment