KOMUNITI KITA
Sistem 5S di klinik kesihatan
IKRAR. Seramai 140 orang warga kerja Klinik Kesihatan Bandar di Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan berikrar melaksanakan sistem 5S (sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal) dalam usaha meningkatkan pengurusan kerja baru-baru ini.
Sistem 5S yang berasal dari Jepun itu melibatkan amalan kebersihan di tempat kerja, sistem penyusunan dokumen yang sistematik dan mudah capai serta tiada lagi pembaziran utiliti seperti elektrik dan air.
Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar, Dr. Mahrizah Abdullah berkata, pelaksanaan sistem 5S itu juga dapat memperkemaskan lagi sistem pengurusan dan kecekapan organisasinya.
Katanya, beliau percaya sasaran klinik itu untuk mendapatkan persijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Mei depan tercapai menerusi penglibatan dan kerjasama semua kakitangan.
No comments:
Post a Comment