Friday, February 19, 2010

Menjayakan 5S (3)


Dari pengalaman dan penghayatan menjayakan 5S sejak penghujung 2004 hingga kini, amalan 5S sebenarnya sangat menyeronokan. Namun ianya menjadi susah untuk dilaksanakan oleh sebilangan besar organisasi berpunca dari tiada kefahaman secara menyeluruh. Pada hal kalau difikirkan secara logik jika ada organisasi yang boleh melaksanakannya sudah tentu organisasi lain juga boleh. Maka sudah tentulah langkah terawal yang perlu dilakukan adalah dengan pergi melihat tempat-tempat yang telah berjaya mendapat persijilan 5S. Adakan lawatan penandaarasan.
Negara Jepun sendiri bukanlah terlalu bijak mengatur strategi hingga begitu maju dalam pelbagai bidang. Tapi apa yang Jepun lakukan adalah meniru kemudian menambahbaik dan melakukan inovasi sendiri seterusnya mencipta jenama Jepun yang lebih berjaya menandingi serta menembusi pasaran global. Begitu juga dengan sistem amalan 5S dari Jepun ini. Ianya merupakan sesuatu yang amat logik dan praktikal. Namun persoalannya mengapakah Jepun lebih berjaya mengamalkannya? Jawapannya adalah kerana budaya disiplin-diri (self descipline culture) yang telah dipupuk dari kecil lagi disamping semangat nasionalisma rakyat Jepun yang tinggi.

No comments:

Post a Comment