Tuesday, June 29, 2010

Apa jadi bila Amalan 5S di tandas(lelaki) diabaikan?








Semasa saya memasuki tandas sebuah klinik yang telah mendapat persijilan 5S saya amat terkejut. Namun saya dapat menerima hakikat bahawa displin adalah sesuatu yang amat sukar untuk diikuti. Maka itu 5S merupakan amalan yang perlu dititikberatkan dan diamalkan setiap masa. Gambar-gambar di atas telah dirakam menggunakan kamera handphone pada 29 jun 2010. Jelas di gambar tersebut menunjukkan pintu tandas yang rosak dan tidak boleh dikunci dari dalam. Manakala tempat untuk menggantung pakaian/seluar juga telah tercabut. Tempat untuk menggantung hose telah patah. Tempat tisu sudah tidak berfungsi kerana 'roller' tiada/hilang. Sabun untuk mencuci tangan pun tidak di'refill'. Penyapu tiada tempat khas. Saya melihat laporan harian yang ada tetapi tiada menandakan tarikh/bulan penyenggaraan dilakukan. Nama 'person-in-charge' ada tertampal di pintu tapi tiada no telefon yang dituliskan untuk membuat aduan.

Penemuan ini membuktikan bahawa amalan 5S sebenarnya adalah untuk pelanggan dan pelanggan itu tidak lain adalah kita semua. Oleh itu semua orang perlu melakukan amalan 5S.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment