Thursday, April 29, 2010

Berjayakah Melaka Menjadi Negeri 5S Pertama di Malaysia?

Dari mata kasar pelawat yang pergi ke Melaka dan Alor Gajah, amatlah ketara sekali kebersihan persekitarannya. Di Bandar Melaka pula signage jalan amat membanggakan dimana pengguna jalanraya mudah mencari sesuatu destinasi yang hendak dituju.
Terkini Yayasan Melaka dan Pusat Zakat Melaka pula telah berjaya mendapatkan Persijilan 5S dari MPC. Maka bagi organisasi yang ingin membuat benchmarking 5S di Melaka kini terdapat banyak pilihan. Tahniah Melaka!.

Berita dari web MPC:-
MELAKA, 5 April 2010 (Isnin) - TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PUSAT ZAKAT MELAKA!!..

Perhimpunan bulanan bagi Kerajaan Negeri Melaka Siri 4/2010 di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh pada kali ini menyaksikan satu majlis penyampaian Sijil Amalan Berkualiti 5S kepada Pusat Zakat Melaka.

Pada sesi penyampaian sijil tersebut, wakil dari pihak MPC iaitu Dr Rahmat Md Smail, Pengarah MPC Wilayah Selatan, telah menyampaikan sijil tersebut kepada YB Datuk Wira Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka untuk disampaikan kepada Tuan Haji Ismail Haji Hasim, Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka.

Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Pusat Zakat Melaka diatas segala usaha dan semangat kerja berpasukan sehingga menerima penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

No comments:

Post a Comment