Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Sunday, January 19, 2014
Adakah Anda Seorang Pengumpul Sampah?
Aku seorang pengumpul sampah? ya, benar, semenjak kecil aku memiliki satu kecenderungan ini, Sukar Membuang Barang. Segalanya yang kuterima, aku miliki, pasti aku menyimpannya. Tak kiralah kertas gula-gula, mancis,, botol minyak cap kapak, tiket bas, tiket wayang, kotak rokok dan pelbagai macam lagi benda remeh temeh yang pada orang lain sudah tentu dibakul sampahkan, tetapi tetap kusimpan. Ianya seolah-olah memiliki nilai sentimental (Sentimental Value) yang sangat tinggi padaku. Semuanya ada kenangan yang tersendiri. Read more
jom. salam. layari my web http://www.cariankerja.com
ReplyDelete