Bila datang tahun baru antara aktiviti yang lazimnya dibuat adalah SISIH. Maka kami pun pagi-pagi lagi sekeluarga pergi ke rumah di Taman Mawar Bandar Baru Salak Tinggi. Rumah yang telah pun berusia 14 tahun itu kini belum disewa dan masih banyak perabut serta barang-barang lama di dalamnya. Operasi sisih bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Banyak barang-barang yang dulunya sayang nak buang...akhirnya didapati menyemakkan ruang stor!
Sedang kami melonggokkan 'hasil-sisih' tiba-tiba lalu pula badan kebajikan yang mengumpulkan barang elektrik lama. Teringat saya sifu 5S kata sisih yang terbaik adalah juga dengan mendermakannya atau pun jika boleh dijual baguslah dijualkan.
No comments:
Post a Comment