Penentu kejayaan 5S adalah dengan adanya disiplin yang tinggi
setiap hari melakukan Sisih, Susun dan Sapu/Senggara. Perkara inilah juga yang mesti dilakukan dalam urusan perniagaan.
Antara tempat perniagaan yang menjadi tumpuan di Putrajaya adalah di Presint 15. Disitulah terdapatnya pasaraya Mydin yang saban hari dikerumuni pelanggan. Namun begitu dari pemerhatian penulis di sepanjang Jalan Presint 15 tersebut banyak juga kedai-kedai baru muncul menggantikan kedai sebelum ini. Mungkinkah kedai yang lama itu telah mendapat tapak perniagaan yang lebih baik atau telah 'gulung tikar' tidaklah diketahui.
Penulis telah mengambil kesempatan untuk gunting rambut untuk pertama kalinya di sebuah kedai gunting bernama 'Super Hero'. Di dalam kedai telah ada beberapa orang menunggu. Saya duduk di kerusi di luar kedai dan 20 minit kemudian tukang gunting melambai tangannya mempelawa masuk untuk digunting . Penulis terus memberikan arahan mudah kepada tukang gunting iaitu "gunting pendek nombor '2'".
Selang beberapa pintu dari kedai gunting satu majlis pelancaran kedai baru 'Snogurt' sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment