Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Monday, June 4, 2012
5S : Untuk Kebaikan Diri Sendiri
Kini banyak organisasi yang telah mendapat persijilan 5S. Kesemua yang terlibat menjayakannya akan merasakan kebaikan 5S. Namun terdapat segelintir yang tetap dengan pendirian bahawa 5S adalah tidak diperlukan. Statistik menunjukkan jumlah yang negatif-5S ini sekitar 15%. Jika ada 100 orang staf, maka 15 orang yang dalam kategori 'degil' tadi. Inilah halnya yang sering dibangkitkan menerusi soalan yang cukup popular iaitu 'bagaimana untuk mengatasi orang yang tidak mengambil kesah tentang 5S?'.
Cara mengatasinya adalah dengan terus menjayakan 5S. Tunjukkan semangat 'team-work' yang padu dikalangan semua kakitangan dan diantara ahli-ahli jawatankuasa induk khususnya jawatankuasa latihan, promosi dan audit. Jawatankuasa latihan mesti anjurkan lawatan-lawatan ke ajensi yang telah berjaya memenangi anugerah kebangsaan. Jangan lupa ajak bersama kakitangan bermasalah tadi.
Setelah 5S siap maka baru nampak kelebihan, kekuatan dan kehebatan 5S. 5S secara langsung dan tidak langsung sebenarnya adalah untuk diri-sendiri. Tempat kerja serta juga persekitarannya yang kemas, selesa, bersih dan cantik sudah tentunya untuk kita sendiri. Dari segi keselamatan tempat kerja pula bertambah terurus lagi sistematik adalah juga untuk semua. Begitu juga bila kita sebagai pelanggan di organisasi yang kita berurusan kita juga mengharapkan perkhidmatan terbaik. Jika kita ke hospital kita mengharapkan layanan yang pantas. Cukup ketara 5S di farmasi hospital membolehkan pengagihan ubatan dibuat dengan cekap dan cepat. Bas syarikat rapid mengamalkan 5S. Penumpang di dalamnya merasakan perjalanannya yang menenangkan setelah melihatkan ciri-ciri 5S terserlah untuk keselesaan dan keselamatan penumpangnya.
No comments:
Post a Comment