Hari ini penulis telah berkongsi mengenai amalan 5S bersama kakitangan sebuah hospital. Tidak kurang 60 warga kerja telah hadir. Hampir tiga-suku memakai pakaian seragam hingga saya tak terasa hari ini adalah hari berpakaian batik iaitu Khamis. Antara soalan-soalan yang telah diajukan adalah
i) bagaimana untuk amalkan S ke 5 iaitu sentiasa-amal ii) Ruang Persekitaran yang semakin sempit macammana nak 5Skan. iii)Perlukah j/kuasa induk di semua bahagian/jabatan Hospital iv) Bagaimana memastikan semua jawatankuasa aktif v) Kerja hakiki yang sangat banyak tak ada masa untuk 5S.
No comments:
Post a Comment