Dari 16 Feb hingga 4 Mac WiFi Streamyx aku 'putus'.Petang tadi baru 'reinstall'. Benggang betulla aku dengan TM ni. Jawapan yang diberikan mengapa di'potong' adalah 'tersilap potong'. Katanya lagi TM menerima secara 'verbal' untuk menamatkan talian dan kemungkinan semasa mencatit no ic telah tersilap catit nombor ic aku!. Macam tak masuk akallah jawapan ni!. Apa pun inilah realiti servis TM. Kali pertama dulu -->read more
Sebenarnya bukan itu sahaja yang buat aku betul-betul frust dengan TM ni. Setahun lebih aku membayar sewa rm26 bulanan. Walhal semasa deal dulu aku memang minta yang tiada sewa bulanan. Bila aku komplen di TMpoint Klang jawapannya mudah iaitu TM akan buat rebate. Tapi sampai kesudah tak direbate. TMpoint Cyberjaya pula tutup Hari Sabtu costomer servis pun tak tahu.Semasa aku cal customer servis dia kata buka. Membazir masa aku jer ke sana!. Tak pasal-pasal aku kena ambil cuti nak urus hal wifi yang dipotong. Semasa kes pertama dulu iaitu 70 hari baru sistem dipindah caj bulan rm60 masih dikira tak direbate-rebatekan. Aduhai..patutlah TM kaya-raya. Bangunan tersergam 6 bintang. Tapi servisnya?? Yang aku pelik sampai sekarang kenapa TMpoint tiada talian tetap untuk memudahkan pelanggan membuat komplen. Melalui web pun tak ada. Entahlah aku pun tak faham.
No comments:
Post a Comment