Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Saturday, February 12, 2011
Jom 5S genap 1 tahun.
Semalam merupakan hari lahir yaba-Jom5S.Blogspot. Pantasnya masa bergerak dah 1 tahun rupanya Blog Jom5S saya ni. Manakala saya sendiri pula masuk tahun ke 6 menghayati 5S dan saya mulai merasakan 5S adalah 'kehidupan'. Di tempat kerja, kami telah terapkan '5S: Your Office-Your Home-Your Life'. Namun ianya masih terlalu awal untuk melihat penghayatannya. Apa pun saya merasa satu kepuasan kerana dapat melihat transformasi Sisih dan Susun yang ketara. Biarpun amalan 3S berikutnya masih tahap rendah, kami telah berjaya menempuh langkah awal dan berjaya memperkenalkan 5S kepada sekurang-kurangnya 85% warga kerja. Lebih menyeronokkan kami adalah kesemua agensi(di HQ) di bawah kementerian kami juga telah berjaya mendapat pensijilan 5S di tahun 2010. Semoga Blog Jom5S ini dapat membina momentum yang lebih ke arah penghayatan 5S sebenar.
TAHNIAH!! usaha yg murni..genapnya 1tahun JOM 5S..kini terbit pula blog SUKSES 5S...
ReplyDeletesama-sama memantapkannye..SYABAS!!