Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Wednesday, February 16, 2011
Hobi Berkebun
Berkebun dapat mengelakkan daripada pembaziran kepada sumber tanah.Makanya kami pun semalam pergilah menanam kangkung, pokok kelapa pandan, nangka madu, jambu air, mangga (lan dok mai) dan rambutan (budak sekolah).
Tuesday, February 15, 2011
Transformasi Subang Parade -Datuk Jaafar berwawasan, bukan ‘gila’
Datuk Jaafar dikatakan 'gila' kerana mengambil alih Subang Parade pada tahun 2003!.
...beliau menjelaskan, pihaknya menjalankan kaji selidik membabitkan para penduduk di sekitar pusat membeli-belah berkenaan dan mendapati bahawa kemerosotan jumlah pengunjung berpunca daripada beberapa faktor penting, iaitu;
1. Keadaan surau yang terpencil jauh dan suram, mengakibatkan pengunjung Islam enggan meluangkan masa lebih lama untuk menunaikan solat.
2. Tahap kebersihan tandas yang terlalu rendah, gelap dan menakutkan terutama untuk pelanggan wanita.
3. Tempat meletak kenderaan tidak kondusif, sukar mengesan zon dan keselamatan kurang terjamin.
read more
Sunday, February 13, 2011
Tahniah! Cawangan 99 Mart ke 241 di Presint 9 Putrajaya
Pembukaan mini-market 99 SpeedMart sememangnya dialu-alukan oleh penduduk kawasan Putrajaya khususnya di Presint 9, 10 dan Presint 11. Hari ini merupakan hari ke 2 kedai barangan keperluan harian ini dibuka dan syarikat kopi jenama Indocoffee membuat promosi 'minum percuma'. Susunan di dalam kedai memang menarik. Di luar kedai disediakan 3 tong sampah khas. Tentu ada banyak rahsia kejayaan kedai ini. Ianya dikendalikan secara subsidiari dan tidak melalui sistem franchise. Saya juga dimaklumkan pemilik rangkaian 241 buah kedai ini adalah seorang OKU. Slogan yang digunakan memang tepat iaitu "Dekat Lagi Murah".
Saturday, February 12, 2011
Jom 5S genap 1 tahun.
Semalam merupakan hari lahir yaba-Jom5S.Blogspot. Pantasnya masa bergerak dah 1 tahun rupanya Blog Jom5S saya ni. Manakala saya sendiri pula masuk tahun ke 6 menghayati 5S dan saya mulai merasakan 5S adalah 'kehidupan'. Di tempat kerja, kami telah terapkan '5S: Your Office-Your Home-Your Life'. Namun ianya masih terlalu awal untuk melihat penghayatannya. Apa pun saya merasa satu kepuasan kerana dapat melihat transformasi Sisih dan Susun yang ketara. Biarpun amalan 3S berikutnya masih tahap rendah, kami telah berjaya menempuh langkah awal dan berjaya memperkenalkan 5S kepada sekurang-kurangnya 85% warga kerja. Lebih menyeronokkan kami adalah kesemua agensi(di HQ) di bawah kementerian kami juga telah berjaya mendapat pensijilan 5S di tahun 2010. Semoga Blog Jom5S ini dapat membina momentum yang lebih ke arah penghayatan 5S sebenar.
Friday, February 11, 2011
National Quality Environment Convention 2010
In line with the Malaysia`s aspiration to transform the nation to a high income economy through higher productivity and business excellence the Malaysia Productivity Corporation has organized National Quality Environment (5S) Convention 2010. The convention was held at Hilton Hotel, Petaling jaya.
The main objectives of the convention are to upgrade knowledge and instill the value required to adopt Quality Environment System, share experiences with Quality Environment Practitioners to enhance efficiencies at workplace through Quality Environment System and discuss systematic techniques and approaches to sustain work culture in Quality Environment Practices.
read more
The main objectives of the convention are to upgrade knowledge and instill the value required to adopt Quality Environment System, share experiences with Quality Environment Practitioners to enhance efficiencies at workplace through Quality Environment System and discuss systematic techniques and approaches to sustain work culture in Quality Environment Practices.
read more
Wednesday, February 9, 2011
I dont give a damn to this high class restaurant !.
Another thing happened was a customer took his glass of juice to the counter (half drink) and said, "ada lipas" and he pointed at the glass. Swt!! Such a high class restaurant has hygiene problem???
Despite the super expensive steamboat (the most expensive that I have ever eaten), this restaurant has hygienic problem and the waiter has (discrimination) problem too! Besides,when I was waving to the counter and asked the manager to come, she ignored me! IGNORED! She didnt even bother to ask her staff to check out what we want. We waited for 10 minutes then we called another waiter.
I guess I really has bad experience with this restaurant. I will not go back there anymore. Dont even ask me to try out their other..
read more
Tuesday, February 8, 2011
Miri Port Wins the "National Quality Environment Award 2010
Miri Port scored yet another significant milestone as the year ends after being adjudged the winner of “National Quality Environment Award 2010” in the public service category. It was indeed a proud moment for State of Sarawak and an endorsement of Sarawak State Civil Service excellence.A total of 132 organisations both from public and private sectors participated in the award. The award was presented by Datuk Dr. Rabecca Fatima Sta Maria, Secretary General of Ministry of International Trade and Industry (MITI) on 21st December 2010 held at Hilton Petaling Jaya Hotel , Petaling Jaya, Selangor. The winning edge for Miri Port being its ability to inculcate the “total employee engagement kaizen culture” through the implementation of Quality Environment (QE) system harnessing on each and every employee’s strength by believing that the sum total of all is greater than parts to solve workplace problems, improving efficiency and boosting bottom line.
read more
read more
Valuable time wasted looking for misplaced items each day.
Monday, February 7, 2011
Unbeatable Low Prices Supermarket
Petang semalam kami ke Shah Alam dan kami singgah di Supermarket paling Famous di Malaysia. Saya terbaca banner 'Unbeatable Low Prices' yang sangat menarik perhatian diletakkan di lokasi strategik. Cuma yang tak syoknyer tu barangan yang di'offer' adalah barangan untuk orang-orang tertentu yang menyukainya sahaja.Di sebuah kedai buku terpakai pula saya 'pening' kepala ingin mencari novel yang diminati kerana buku-buku tidak disusun mengikut kategori.
Sunday, February 6, 2011
Pembaziran Sepanjang 24 Jam Yang Lalu - Kerugian dianggarkan RM11.00
Selepas menconggak-conggak lebih-kurang anggaran kerugian dari pembaziran yang dimaksudkan adalah RM 11.00. Kos yang tinggi adalah kos minyak kereta. Manakala pembaziran masa dan tenaga tidak diambil kira. Realitinya kita memang kerap melakukan pembaziran tanpa disedari. Antara pembaziran yang berlaku kepada kami tempuh 24 jam yang lalu adalah seperti berikut:-
i)Anak 4 tahun lupa tutup air di bilik air atas.
ii)Kipas meja lupa off
iii)Lampu bilik air bawah lupa off
iv)Resit dobi hilang lalu menunggu lama untuk mencari pakaian untuk diambil
v)Memanaskan enjin kereta (terlebih lama)
vi)Merebus sup(terlebih lama)
vii)Pergi ke pasar borong dan mendapatinya masih tutup
viii)Pergi ke pasar presint 8 juga masih tutup
Saturday, February 5, 2011
Welcome to Mydin Bazar - 'Kenapa Bayar Lebih..'
Di Precint14 banyak kedai-kedai dan bank-bank yang popular. Selain Mydin Bazar terdapat juga Secret Recipe, AniSop Utara, 7-eleven DLL.Manakala bank yang ada adalah Public Bank, Bank Rakyat dan Muamalat. Saya yakin kedai yang paling ramai dikunjungi di kawasan ini adalah Mydin. Bukan sekadar slogan "Kenapa Bayar Lebih..." Mydin juga telah berjaya menunjukkan servis yang baik kepada pelanggan. Kami pergi ke Mydin tengahari tadi untuk membeli sayur-sayuran. Kebetulan pekerjanya sedang membuka kotak-kotak tomato(tercatit di kotak diimpot dari Vietnam). Dapatlah saya membeli tomato fresh. Seperkara lagi yang menarik di Mydin adalah tanda-tanda harga yang sangat jelas ditunjukkan.
Ruang Adalah Wang
Berkat bercucuk-tanam di luar rumah sejak 2 bulan lepas kini dah mula dapat hasil. Yang penting masa dan ruang di gunakan secara produktif. Masih banyak lagi ruang dan pokok yang boleh di tanam. Yang dah ada-Peragga-Pucuk Manis-Bendir-Daun Kari-Serai-Celom-Pandan-Kacang panjang-Kunyit-Limau Kasturi,Nipis & Purut. Bahan recycle digunakan antaranya kayu-kayu dari lantai kayu katil yang telah dibuang dibuat tempat kacang memanjat serta kepungan untuk kangkung.
Breakfast paling jimat
Disiplin Bermula dengan Solat.
Kalu boleh tak tinggal solat(sejurus masuk waktu dan berjemaah pulak tu...) maka bolehlah dikatakan tahap disiplin diri mantap. Yang paling mencabar adalah solat Subuh. Aduhai..puaslah terjerit-jerit (rumah kuarters putrajaya ni 2 tingkat) panggil turun ke bawah.10 minit tunggu belum tentu sampai. Rasa macam nak bawa rotan je ke atas belasah sorang-sorang!.Entah apa dia buat tengah malam tadi sampai payah sangat nak bangun tak tahulah!!.
Friday, February 4, 2011
Harga Ayam RM 8.00 sekilo!
Malam ni kami ke Pasar Malam Presint 2. Cadangannya malam ni nak goreng ayam dan makan rojak buah. Sampai di pasar kami terkejut dengan harga ayam RM8.00 sekilo. Timun RM4.50 sekilo. Aduh..kansel nak goreng ayam. Kita goreng kue teow jerlah..belilah tauhu, tauge dll perencah. Ahh..tak baik mengeluh!! Dalam kepala beriltizam nak melawan keadaan..memandangkan harga barang semakin naik tak menentu. Sedangkan pendapatan bulanan tak meningkat. Terjejaslah kualiti makanan dimana 'aksesori' tambahan untuk kue teow seperti limau sambal, daun-daun saderi/bawang dll tidak dibeli. Usaha penjimatan belanja nampaknya kena digandakan. Pembaziran lampu-kipas-aircond-air-telefon dielakkan. Penjimatan dan elak pembaziran ni nampak macam mudah tapi mencabar sekali. Melawan kebiasaan yang dah sebati satu perjuangan memakan masa. 6 orang anak nak didisiplinkan serentak memang mustahil.
Lebih-lanjut mengenai Pasar-malam Putrajaya<-klik sini
IKM seluruh negara giat mengamalkan 5S
Thursday, February 3, 2011
Jeruk Madu Pak Ali Memang Sedap
Jualan Rugi -- Think Out Of The Box?
Sewaktu berada di selekoh pekan Tasik (pekan kampung isteri di Seberang Prai Selatan) aku ternampak banner 'Jualan Rugi'. Hehe nak tergelak dibuatnya..dalam hati berkata mana ada orang berniaga yang tak nak untung?.Kalau ada pun, mungkin rugi untuk sementara waktu.Yang unik iklan banner ini tidak ada alamat cuma ada no telefon je. Susunatur perkataan menarik, mudah-lihat/baca. Pengguna jalanraya sekali pandang terus dapat mesej.
Wednesday, February 2, 2011
eee..seronoknya balik kampung!
Cuti Tahun baru Cina kami ambil peluang balik kampung. Saya pula akan terus ke Perlis untuk taklimat, audit dan lawatan 5S. Perjalanan jauh Putrajaya ke kampung isteri di Penang memang tak terasa kerana 'hati melonjak sama'-ingin bertemu dengan sanak saudara yang selalu bermain di mata (pinjam senikata lagu Sudirman). Yang mencabarnya adalah perangai anak-anak dalam kenderaan sepanjang perjalanan. Bergaduh tak pasal-pasal. Sempat pulak lagi tu buka notebook main game/tenguk movie. Dan Yang aku geram sangat kenapa lepas makan tak reti nak buang 'sampah' supaya tak menyemak dalam kereta. Aduhai bilalah korang ni nak reti-reti 5S ntahlah...
Penambahbaikan di Surau PLUS Sg Buloh
Tuesday, February 1, 2011
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul
Melihat Makcik terlantar sakit tua dirumah yang semakin usang sungguh menyayat hati. Lebih menyedihkan adalah bila mendapati keadaannya yang tidak terurus dengan baik. Kami dapati kain yang dipakainya basah dan berbau hancing. Ditanya sudah makan dan jawabnya belum sedangkan waktu dah hampir 12.00 tengah hari. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seorang anak yang menjaganya terpaksa menangguhkan/ melupakan sementara mencari kerja tetap walaupun sudah berumur 36 tahun. Itulah pengorbanan seorang dari 6 orang anaknya. Kita juga kerap membaca di dada akhbar dan mendengar serta menemui keadaan orang tua yang seolah 'dilupakan' ini. Apa yang ingin saya highlight adalah penjagaan makcik tadi ketika di rumah. Sebenarnya penjagaan yang terbaik hanya akan terhasil dari disiplin yang tinggi. Saya mendapati persekitaran tempat tidur dan rehat setiap masa makcik uzur tersebut amatlah tidak terurus. Barangkali anak yang menjaganya pun sudah tidak peka dengan keadaan akibat cabaran yang berpanjangan. Dan barangkali juga keadaan-keadaan yang tidak terurus itu kerana ianya sudah kebiasaan. Waullahualambisawab. Mengenangkan keadaan itu mengingatkan saya agar cuba sedaya mungkin melatih anak-anak mengamalkan serta mengikuti disiplin amalan 5S kerana mungkin satu hari nanti giliran saya pula yang terlantar!.