Mengemas-mengemas-mengemas itulah kerja yang tak pernah habis. Dan yang lebih 'malang' adalah ibu-ibu sahaja yang kena membuatnya. Semasa saya kecil dulu saya selalu dengar bapa saya berleter tentang keadaan rumah yang berselerak katanya " Di rumah ni ada 8 orang tapi yang mengemasnya cumaa sorang je..". Di masa itu saya tak berapa nampak apa sebenarnya yang teruk tentang mengemas rumah, sekarang ini ketika saya sendiri mempunyai anak seramai 6 orang baru saya tahu susah-payah ibu dan bapa saya dahulu.
Amalan 5S sebenarnya jika diamalkan tiap hari pasti akan banyak membantu memudahkan kerja harian di rumah. Salah satu langkah positif amalan 5S adalah mengadakan apa yang disebut konsep 'ownership'. Pembahagian 'ownership' di rumah boleh dipraktikkan bagi memudah dan melancarkan operasi mengemas. Contohnya anak yang tua memastikan ruang tamu sentiasa kemas. Anak kedua menjaga bilik tidor. Yang ketiga bilik mandi/tandas dan seterusnya. Tanggungjawab ini boleh juga diselang-selikan dimana lain hari lain orang yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment