Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Sunday, July 11, 2010
Amalan S ke 4 Yang Memberi Kesan
Pagi tadi sewaktu di kuliah subuh di sebuah surau saya telah masuk ke tandas untuk membuang air-besar. Sejurus ingin keluar dari tandas tersebut saya terbaca tulisan seperti di dalam gambar di atas. Tulisan itu telah membuat saya mengambil langkah untuk menyiram ruang lantai dan memastikan ianya benar-benar bersih sebelum meninggalkannya. Sungguhpun ayat meninggal dalam tulisan itu seolah penulisnya terlupa perkataan 'kan' namun saya menganggapnya satu peringatan juga iaitu sebelum kita meninggalkan dunia (perkataan lazimnya 'meninggal') maka kita kenalah pastikan diri kita dalam keadaan 'bersih'. Tahniah dan syabas pada jawatankuasa surau ataupun siapa jua yang telah menulis pesanan ringkas tersebut walaupun pendek tetapi memberikan kesan S ke 4.
Satu ayat yang ditafsirkan dengan cara yang paling positif.
ReplyDelete