Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Thursday, June 24, 2010
Majlis Gilang Gemilang Sempena Dapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S)
Mendapat Persijilan 5S atau Persekitaran Berkualiti sesungguhnya bukan mudah. Bukan sedikit organisasi yang pada permulaannya menyangkakannya mudah tetapi berakhir dengan gagal mendapatkan sijil. Ada organisasi yang telah mendapatkan khidmat perunding dan mengadakan kursus dengan bayaran belasan ribu tetapi tidak jadi untuk meneruskan usaha untuk mendapatkan sijil. Dan tidak kurang juga yang akhirnya berjaya mendapatkan sijil selepas lebih sekali melakukan pelancaran 5S dan berkali-kali menukarkan penyelaras 5Snya.
Maka tidak hairan jika TNB Gelugor setelah mendapat persijilan meraikan kejayaan secara agak besar-besaran. Memang wajar sekali kerana 5S adalah dijayakan oleh seluruh kakitangan dalam organisasi. Berbeza dengan aktiviti Q yang lain seperti KMK/KIK dan ISO cukup dengan sekumpulan kakitangan mengendalikannya. Oleh itu diucapkan Syabas dan Tahniah!! kepada Stesen Penjanaan TNB Glugor Pulau Pinang.
Dari Blog :-
Pada Majlis yang dihadiri seramai 130 orang kakitangan TNB Bahagian Penjanaan stesyen Gelugor ini, satu gimik penyerahan sijil telah diadakan iaitu dengan menggunakan kereta alat kawalan jauh bagi membawa sijil amalan persekitaran terbaik. Gimik ini merupakan simbolik perjalanan dan juga usaha berterusan warga TNB Gelugor dalam mendapatkan pengiktirafan sebagai salah satu stesen Janakuasa yang berjaya mendapat persijilan ini.
No comments:
Post a Comment