Keseriousan MAMPU untuk menjayakan 5S di sektor awam semakin ketara dilihat dengan terbitnya sebuah lagu khas Amalan 5S pada 9 Jun 2010.Saya kira ini adalah usaha besar yang kedua dari Jawatankuasa Promosi 5S MAMPU selepas penerbitan buku Panduan Amalan 5S Sektor Awam beberapa bulan yang lalu.
Download Lagu Amalan 5S MAMPU--> disini.
Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
Apa jadi bila Amalan 5S di tandas(lelaki) diabaikan?
Semasa saya memasuki tandas sebuah klinik yang telah mendapat persijilan 5S saya amat terkejut. Namun saya dapat menerima hakikat bahawa displin adalah sesuatu yang amat sukar untuk diikuti. Maka itu 5S merupakan amalan yang perlu dititikberatkan dan diamalkan setiap masa. Gambar-gambar di atas telah dirakam menggunakan kamera handphone pada 29 jun 2010. Jelas di gambar tersebut menunjukkan pintu tandas yang rosak dan tidak boleh dikunci dari dalam. Manakala tempat untuk menggantung pakaian/seluar juga telah tercabut. Tempat untuk menggantung hose telah patah. Tempat tisu sudah tidak berfungsi kerana 'roller' tiada/hilang. Sabun untuk mencuci tangan pun tidak di'refill'. Penyapu tiada tempat khas. Saya melihat laporan harian yang ada tetapi tiada menandakan tarikh/bulan penyenggaraan dilakukan. Nama 'person-in-charge' ada tertampal di pintu tapi tiada no telefon yang dituliskan untuk membuat aduan.
Penemuan ini membuktikan bahawa amalan 5S sebenarnya adalah untuk pelanggan dan pelanggan itu tidak lain adalah kita semua. Oleh itu semua orang perlu melakukan amalan 5S.
Saturday, June 26, 2010
Understanding Seiketsu(Standardization)- The Fourth S
A particular technique of Seiketsu is visual management. Our vision is our most complex and dominant sense, and visual management plays directly to this strength. Consider what we can see: location, distance, shape, brightness, colour, contrast. Visual management leverages all of these so that when we are looking for something it stands out. Try this: think of the color red. Now look around you and see how red things jump out at you.
While visual controls include work instructions, hazard warnings, indicators of where things are kept, equipment and tool designations, cautions and reminders, and plans and indicators of what happens when. Whenever people need reminding, a visual control should be there to help them. Labels should be use to show such as degree of precision of tools, types of chemicals and oils, when machines were last inspected (and when the next is due), temperature tolerances, responsibilities, and so on.
more
Gambar dari web-->klik
Thursday, June 24, 2010
Majlis Gilang Gemilang Sempena Dapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S)
Mendapat Persijilan 5S atau Persekitaran Berkualiti sesungguhnya bukan mudah. Bukan sedikit organisasi yang pada permulaannya menyangkakannya mudah tetapi berakhir dengan gagal mendapatkan sijil. Ada organisasi yang telah mendapatkan khidmat perunding dan mengadakan kursus dengan bayaran belasan ribu tetapi tidak jadi untuk meneruskan usaha untuk mendapatkan sijil. Dan tidak kurang juga yang akhirnya berjaya mendapatkan sijil selepas lebih sekali melakukan pelancaran 5S dan berkali-kali menukarkan penyelaras 5Snya.
Maka tidak hairan jika TNB Gelugor setelah mendapat persijilan meraikan kejayaan secara agak besar-besaran. Memang wajar sekali kerana 5S adalah dijayakan oleh seluruh kakitangan dalam organisasi. Berbeza dengan aktiviti Q yang lain seperti KMK/KIK dan ISO cukup dengan sekumpulan kakitangan mengendalikannya. Oleh itu diucapkan Syabas dan Tahniah!! kepada Stesen Penjanaan TNB Glugor Pulau Pinang.
Dari Blog :-
Pada Majlis yang dihadiri seramai 130 orang kakitangan TNB Bahagian Penjanaan stesyen Gelugor ini, satu gimik penyerahan sijil telah diadakan iaitu dengan menggunakan kereta alat kawalan jauh bagi membawa sijil amalan persekitaran terbaik. Gimik ini merupakan simbolik perjalanan dan juga usaha berterusan warga TNB Gelugor dalam mendapatkan pengiktirafan sebagai salah satu stesen Janakuasa yang berjaya mendapat persijilan ini.
Saturday, June 19, 2010
5S Resource Center
Did You Know...
Companies report 5S efforts have:
* Reduced needed shop floor space by 60%. http://www.mep.org/processimpro.html
* Reduced in-process times by 25%. http://www.mep.org/processimpro.html
* Increased inventory turns by 67%. http://www.camt.com/5S.HTM
* Reduced inventory by 35%. http://www.camt.com/5S.HTM
more
Companies report 5S efforts have:
* Reduced needed shop floor space by 60%. http://www.mep.org/processimpro.html
* Reduced in-process times by 25%. http://www.mep.org/processimpro.html
* Increased inventory turns by 67%. http://www.camt.com/5S.HTM
* Reduced inventory by 35%. http://www.camt.com/5S.HTM
more
Saturday, June 12, 2010
The Red Tag System Use In 5S Process
What is Red Tag System in 5S ?
Is it a must step in order to get the 5S certification?.
No it is just one approach in order to carry out the first S that is Sort = Seiri.
Free Slides Online
2nd link ---> Red Tag Supplies
Tuesday, June 8, 2010
Hurry before June 11 -Free 5S Related E-Book
Stacey Anderson via Organized Innovations: Organized Innovations is giving away their ebook Get Organized: Get Revitalized FREE to anyone who signs up for their weekly email tip before June 11- spread the word, offer good to anyone who signs up.
Sign Up For Free Weekly Tips and get Free E-Book From Professional Organizer|Speaker|Author|Bellevue|Seattle - Stacey Anderson
Sign In here
Sign Up For Free Weekly Tips and get Free E-Book From Professional Organizer|Speaker|Author|Bellevue|Seattle - Stacey Anderson
Sign In here
Friday, June 4, 2010
Macam-Macam Tafsiran 5S
Alhamdulillah ada sudah kelas yang memaparkan 5S di papan notanya, seperti kelas 5 Al Khindi, tahniah. Walaupun dah tergantung kita perlu tahu sedikit sebanyak tentangnya. Asal konsep 5S ini ialah Jepun (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke). Di negara kita diterjemahkan sebagai Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Orang putih kata Sort, Straighten, Sweep, Standard, Sustain. Di Indon katanya Sisih, Susun, Sosoh, Sasap dan Suluh. Di sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 5S sudah lama diamalkan kerana ianya bersesuaian dengan Islam cuma ditekankan bahawa penilaian bukan sahaja oleh ketua jabatan tetapi penilaian agung pastinya dari Allah SWT. Maka tak salah kalau 5S boleh menjadi pelbagai sinonim seperti Solat, Selawat, Salam, Syukur, Sayang. Tapi kalau dah boring sangat boleh jadi serabut, semak, sorok, sisip atau sepah. Janganlah pula jadi sewel, senget, separuh-separuh, sasau atau sengau. Dan amat perlu kita ingat 5S juga adalah senjata sulit Yahudi untuk merosakkan umat Islam, Sing, Spirit, Sex, Sport dan Smoke...wallahu a'lam
more
more
Buku 5S Oleh MAMPU
Thursday, June 3, 2010
Surau Di TOL PLUS Expressway Putrajaya Perlu Segera Mengikut Amalan 5S
Setiap hari bekerja dan singgah untuk bersolat Subuh di surau Tol Putrajaya pastinya akan menemui sesuatu yang tidak menyenangkan. Perkara seperti ini sangatlah dikesali kerana pelanggan seperti kami yang membayar tol yang mahal tidak sepatutnya mendapat perkhidmatan yang teruk. Sedangkan PLUS merupakan antara badan yang begitu 'established' serta mempunyai tahap kewangan yang sangat kukuh. Cadangan kami adalah PLUS perlu segera mengamalkan 5S. (Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian)