..Ketika berucap di majlis itu beliau berkata, konsep 5S bertepatan dengan Islam walaupun bermula di Jepun, di mana ia merupakan falsafah perkhidmatan rakyat negara itu yang mengamalkan disiplin diri tinggi.
"Kita sebagai umat Islam haruslah istiqamah menggunakan pendekatan tersebut tanpa mengabaikan taqwa yang menjadi kekuatan dalam badan kita.
"Amalan 5S dipraktik bagi mengemaskini segala urusan di pejabat membabitkan seluruh aspek. Ketika berada di pejabat janganlah kita menganggap seperti berada di tempat lain sehingga tiada komunikasi di antara pegawai dan kakitangan," katanya.
Menurutnya Amalan 5S selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang digunapakai Kerajaan Kelantan meliputi Ubudiyyah, Mas-uuliyyah dan Itqan.
more
8 years ago
No comments:
Post a Comment