Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Friday, February 19, 2010
Menjayakan 5S (2)
Kini 5S sudah popular di seluruh dunia. Cuma ada setengah negara maju, pelopor dan penggeraknya tidak mempopularkannya dengan nama 5S. Itulah sebab mengapa apabila kita cuba mendapatkan maklumat lanjut melalui intenet didapati tulisan mengenai 5S masih sangat sedikit. Adapun sebab sebenar mengapa 5S seakan dijenamakan semula di negara blok barat dan Amerika khususnya masih belum pasti. Kenalah saya pergi ke negara tersebut untuk membuat kajian lanjut.
Dari penelitian melalui pembacaan dan perbincangan bersama perunding 5S di Malaysia, 5S sebenarnya berasal dari Jepun. S1=Seiri, S2=Seiton, S3=Seiso, S4=Seiketsu dan S5=Shitsuke. Diterjemah kedalam Bahasa Inggeris menjadi Sort, Set-in-order, Shine, Standardise dan Sustain. Manakala dalam Bahasa Malaysia Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa-Amal. Tidak seperti bahasa-bahasa lain di dunia, Bahasa Malaysia bolehlah dianggap bertuah kerana dapat juga menggunakan 'S' untuk kelima-limanya.
Berbalik kepada kisah pengalaman saya dalam 5S ini, pada tahun 2006 JUPEM Sabah telah mendapat pengiktirafan 'Anugerah Khas 5S Kebangsaan'. Manakala pada November 2006, saya telah berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di Putrajaya.
Nak jadi cerita saya telah diminta menggerakkan 5S di Bahagian tempat saya bertugas iaitu Malaysian Centre For Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) NRE. Syukor Alhamdullilah dalam lebih kurang setahun kemudian MaCGDI juga telah mendapat pengiktirafan Persijilan 5S sekali gus secara tak disangka menjadi organisasi pertama di Putrajaya yang mendapat persijilan tersebut. Usaha gigih kakitangan MaCGDI menjayakan 5S ditahap cemerlang dan juga banyak berkongsi pengalaman 5S dengan lain-lain organisasi, MaCGDI telah dianugerahkan 'Anugerah Khas Kebangsaan 5S 2008'. Seterusnya sehinggalah sekarang amalan 5S MaCGDI diaudit dan lulus setiap tahun oleh Malaysia Productivity Corporation (nama lamanya National Productivity Corporation). Pada tahun 2009 sejumlah 32 kumpulan/organisasi telah datang untuk membuat penandaarasan 5S di MaCGDI. MaCGDI juga kini menjadi penyelaras ke arah persijilan 5S 2010 untuk keseluruhan NRE dan juga Jabatan/Agensi di bawahnya.
No comments:
Post a Comment