Saturday, June 30, 2012

5S Checklist --How To Get Started

5S Program - How to get started

Training is always the first step. And because 5S is often the first introduction to the entire concept of Lean continuous improvement - patient attention should be given to ensure that people's fears, misconceptions, and questions are fully answered. Most importantly, management must convincingly lay to rest the fear of "improving ourselves out of a job." (how?)

After initial 5S training, every lean leader has their own favorite way of implementing an initial workspace clean up.

The essential thing is to have the workers evaluate every tool and machine, every pile of materials and supplies, every piece of instructional paper... to decide what is actually used, and how often.

more

Tahniah UiTM

Tahniah & Syabas

Pusat Latihan UiTM telah berjaya mendapatkan Pensijilan Amalan 5S daripada pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 25 Jun 2012. Warga Pusat Latihan UiTM amat berbangga di atas kejayaan tersebut.

more

Monday, June 25, 2012

The green lights during Sa'ie

After Tawaaf then go to Safa and make Niyat (intention) for Sai;

i.e. ' O Allah I Intend to perform the Sai between the Safa and Marwa purely to praise you, and for your willingness, make Thou the same easy for me and accept it for me.
After this climb on the mount of Safa to the point from where you can see the Kaaba, then facing the Kaaba raise your hands in supplication and say 3 (Three) times ALLAH-O-AKBAR, ALLAH-O-AKBAR, ALLAH-O-AKBAR, WALIL LA-HIL HAMD and recite the following;
ie. There is none worthy of worship but Allah; He is One and has no partner; His is the kingdom and unto him is due all praise; In his hand is all good, and He has power over all things.
-

Do same at Marwa. Perform Sai between Safa and Marwa. At Marwa praise Allah facing the Kaaba and repeat the same supplications that were recited at Safa. Safa to Marwa is one trip and Marwa to Safa is another trip, and the 7th trip will end at Marwa. In all trips men will run slowly between the green tube lights but the women will walk in a normal way.
more
and more

Sunday, June 24, 2012

KLIA sedang menjayakan 5S





Sewaktu sampai di KLIA dari Madinah saya ternampak beberapa ciri-ciri menarik 5S. Di atas ini adalah 2 keping gambar yang sempat saya rakam semasa dalam perjalanan untuk mengambil bagasi.

Tuesday, June 12, 2012

Sunday, June 10, 2012

Perniagaan, Disiplin dan 5S

Penentu kejayaan 5S adalah dengan adanya disiplin yang tinggi
setiap hari melakukan Sisih, Susun dan Sapu/Senggara. Perkara inilah juga yang mesti dilakukan dalam urusan perniagaan.

Antara tempat perniagaan yang menjadi tumpuan di Putrajaya adalah di Presint 15. Disitulah terdapatnya pasaraya Mydin yang saban hari dikerumuni pelanggan. Namun begitu dari pemerhatian penulis di sepanjang Jalan Presint 15 tersebut banyak juga kedai-kedai baru muncul menggantikan kedai sebelum ini. Mungkinkah kedai yang lama itu telah mendapat tapak perniagaan yang lebih baik atau telah 'gulung tikar' tidaklah diketahui.

Penulis telah mengambil kesempatan untuk gunting rambut untuk pertama kalinya di sebuah kedai gunting bernama 'Super Hero'. Di dalam kedai telah ada beberapa orang menunggu. Saya duduk di kerusi di luar kedai dan 20 minit kemudian tukang gunting melambai tangannya mempelawa masuk untuk digunting . Penulis terus memberikan arahan mudah kepada tukang gunting iaitu "gunting pendek nombor '2'".





Selang beberapa pintu dari kedai gunting satu majlis pelancaran kedai baru 'Snogurt' sedang dijalankan.



Saturday, June 9, 2012

Hari Sabtu Hari Tanpa Bag Plastik- Tahniah Mydin dan Farmasi Presint 15!

Sepanjang pagi Sabtu hari ini kami sempat shoping di Presint 15 Putrajaya. Semasa di Mydin kami membeli banyak barangan dan kami telah di'offer' untuk mendapatkan kotak-kotak yang telah disediakan jika memerlukannya. Bukan itu sahaja satu tempat khas telah diwujudkan untuk pelanggan menyiapkan kotak recycle supaya ianya boleh digunakan bagi mengisi barangan. Gam dan gunting turut disediakan.



Di sebuah farmasi berhampiran pula saya telah membeli 3 benda dan kedai tersebut menyediakan envelop kertas recycle untuk menggantikan bag plastik.





Usaha 5S di rumah paling mencabar.

Penghayatan 7 tahun 5S pun masih tidak berjaya untuk mengamalkan 5S di rumah sendiri. Bukan mudah sebenarnya. Apatah lagi dengan anak seramai 6 orang. Rumah pula tidak tetap. 2004 rumah di Inanam Sabah. 2007 di Bandar Baru Salak Tinggi Selangor. 2009 di Puncak Alam Selangor manakala 2011 di Putrajaya. Aduhai macammanalah nak memantapkan bebetul 5S di rumah aku ini. Yang aku perasan yang paling ketara amalan 5S adalah tempat sikat dan tempat kunci. Itu pun dah kira Alhamdullilah.'Perjuangan' kena diteruskan. Disiplin 5S kena ditingkatkan.

Friday, June 8, 2012

Lagu 5S - Dari Laman Web Mampu

Lirik Lagu 5S

Ruang keliling sentiasa perhati
Yang tak perlu harus di SISIH
Biar keadaan menjadi bersih
Prinsip pertama perlu ikuti

SUSUN dan SIMPAN segala benda
Kemas sentiasa supaya rapi
Agar kerja menjadi mudah
Suasana ceria setiap hari

Di sini kami bekerja
Memegang lima prinsip tersedia
Mengorak langkah sama bersatu
Menjamin kerja bertambah mutu

Perlu SERAGAM dalam susunan
Agar indah pemandangan
SENTIASA AMAL setiap masa
Prinsip 5S menjadi panduan

Di sini kami bekerja
Memegang lima prinsip tersedia
Mengorak langkah sama bersatu
Menjamin kerja bertambah mutu

Prinsip 5S amal selalu


Komen Penulis: Tahniah kepada pencipta lagu/lirik. Usaha pemantapan lirik perlu memandangkan ada yang kurang tepat.

Kerja hakiki yang sangat banyak tak ada masa untuk 5S

Menjawab soalan di atas bagi saya, dalam kontek perkhidmatan awam 5S adalah untuk 'Pelangan'. Memulakan 5S bermakna kita kena 5Skan tempat sendiri dahulu. Nah..tempat kerja sendiri bersih, selesa, kemas, cantik, semua kelengkapan ada dan 'tip-top' adalah untuk kebaikan diri sendiri. 5S membuatkan tahap kesediaan kerja sangat tinggi ke arah kepuasan pelanggan.Siapa dia pelanggan itu?. Ianya termasuklah kita sendiri, kakitangan lain dipejabat dan pelanggan luar yang berurusan dengan pejabat kita. Telah dikupas dalam tulisan yang lepas bahawa 5S 'its for your own good'. Kita inginkan urusan yang cemerlang dari pejabat-pejabat lain maka kita sendiri wajiblah bersedia memberikan sevis yang cemerlang. The goal of The Spirit of Excellence is to improve service to internal and external customers, patients, their families, the medical staff, and each other.

Thursday, June 7, 2012

100 minit Ceramah 5S

Hari ini penulis telah berkongsi mengenai amalan 5S bersama kakitangan sebuah hospital. Tidak kurang 60 warga kerja telah hadir. Hampir tiga-suku memakai pakaian seragam hingga saya tak terasa hari ini adalah hari berpakaian batik iaitu Khamis. Antara soalan-soalan yang telah diajukan adalah i) bagaimana untuk amalkan S ke 5 iaitu sentiasa-amal ii) Ruang Persekitaran yang semakin sempit macammana nak 5Skan. iii)Perlukah j/kuasa induk di semua bahagian/jabatan Hospital iv) Bagaimana memastikan semua jawatankuasa aktif v) Kerja hakiki yang sangat banyak tak ada masa untuk 5S.

Wednesday, June 6, 2012

Antara Kajian Mengenai Amalan 5S di Malaysia

Persepsi Staf Terhadap Amalan 5S Menurut Pendekatan Islam Hadhari. Kajian Di Pejabat Bendahari, UTM. Sulaiman Bin Kadikon & Liza Binti Narawi Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malysia Persepsi Staf terhadap keselarasan amalan 5S dengan pendekatan Islam Hadhari Secara keseluruhannya, majoriti responden bersetuju bahawa wujudnya keselarasan antara amalan 5S dengan pendekatan Islam Hadhari. Hal ini terbukti melalui dapatan yang menunjukkan 100% responden bersetuju dengan hubungan antara amalan 5S dengan pendekatan Islam Hadhari ke arah kehidupan berkualiti dan akhlak yang murni merangkumi kebersihan, keselamatan, istiqamah dan kecemerlangan. Hal ini bertepatan dengan pandangan Mohd Nakhaie Ahmad (2004), bahawa fokus Islam Hadhari adalah menuju ke arah proses peradaban yang seimbang dan sepadu bagi melahirkan umat yang berilmu, berakhlak mulia dan bertamadun tinggi tanpa melakukan kerosakan di muka bumi. More Sesuatu yang menarik mengikut penulis adalah satu rujukan telah dibuat dari thesis kajian :Mohd Rozali Tomijan ( 2005),Amalan 5S dan Hubungannya Dengan Kualiti Persekitaran di Tempat Kerja. Kajian di Telekom Malaysia Berhad. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda

5S dalam ayat yang paling mudah

1. Sort - All unneeded tools, parts and supplies are removed from the area 2. Set in Order - A place for everything and everything is in its place 3. Shine - The area is cleaned as the work is performed 4. Standardize - Cleaning and identification methods are consistently applied 5. Sustain - 5S is a habit and is continually improved more

Sejarah Kewujudan 5S

Pagi ini saya terbaca mengenai satu tulisan menarik tentang 'Sejarah Kewujudan 5S'. Tulisan yang di 'uploaded' oleh En Thanesh dari Pejabat Pendidikan Segamat ini, menambahkan lagi kesah sejarah 5S. Sebelum ini saya terbaca sejarah 5S dikaitkan dengan 'waste-management'. Kini dengan semakin berkembangnya 5S maka semakin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya sejarah 5S. 1.SEJARAH KEWUJUDAN 5S 1.1. Amalan 5S telah wujud sekitar 60 tahun yang lalu. Diasaskan oleh M.Nakatshugawa, konsep ini diasaskan bersempena dengan nilai-nila yang telahdiamalkan oleh suri rumah di Negara Jepun. Melihat kepada keadaan rumah dinegara Jepun, kebanyakkan daripada rumah di sana adalah bersaiz kecil dimana ruang tamu akan dijadikan tempat berjumpa dengan rakan taulan padasiang hari, manakala pada sebelah malam, ruang tamu itu akan menjaditempat tidur. Atas alasan ruang yang sempit, maka suri rumah di Negara Jepunperlu megamalkan dua konsep iaitu sisih barangan jika tidak perlu dan susunsemula barangan tersebut selepas digunakan. Konsep ini telah diguna secarameluas pada tahun 1955 oleh Persatuan Keselamatan dan Kesihatan IndustriJepun (JISHA) bagi mempromosikan kempen keselamatan bagi industri-industeridi Negara tersebut. 1.2. Sebelum 5S diwujudkan, konsep 2S iaitu SISIH (Seiri) dan SUSUN (seiton) amatpopular di Negara Jepun. Ketika itu, tumpuan hanya diberikan terhadap jaminan keselamatan di tempat kerja sahaja. Tetapi apabila timbul keperluanterhadap peningkatan produktiviti dan kualiti, pada tahun 1970an, konsep 2Stersebut telah mengalami evolusi dimana ia telah menjadi konsep 5S. Unsur SAPU (seiso), SERAGAM(Seiketsu) dan Displin (Shitsuke) telah ditambah menjadikonsep tersebut kini dikenali sebagai 5S. 1.3. Konsep 5S ini telah digunapakai di seluruh Jepun bagi membantu Jepun bangkitdari kemelesetan ekonomi selepas kalah pada Perang Dunia Kedua.Kemampuan dan keupayaan Jepun untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia adalah bukti keberkesanan amalan 5S di dalam industri. more

Monday, June 4, 2012

5S : Untuk Kebaikan Diri Sendiri

Kini banyak organisasi yang telah mendapat persijilan 5S. Kesemua yang terlibat menjayakannya akan merasakan kebaikan 5S. Namun terdapat segelintir yang tetap dengan pendirian bahawa 5S adalah tidak diperlukan. Statistik menunjukkan jumlah yang negatif-5S ini sekitar 15%. Jika ada 100 orang staf, maka 15 orang yang dalam kategori 'degil' tadi. Inilah halnya yang sering dibangkitkan menerusi soalan yang cukup popular iaitu 'bagaimana untuk mengatasi orang yang tidak mengambil kesah tentang 5S?'. Cara mengatasinya adalah dengan terus menjayakan 5S. Tunjukkan semangat 'team-work' yang padu dikalangan semua kakitangan dan diantara ahli-ahli jawatankuasa induk khususnya jawatankuasa latihan, promosi dan audit. Jawatankuasa latihan mesti anjurkan lawatan-lawatan ke ajensi yang telah berjaya memenangi anugerah kebangsaan. Jangan lupa ajak bersama kakitangan bermasalah tadi. Setelah 5S siap maka baru nampak kelebihan, kekuatan dan kehebatan 5S. 5S secara langsung dan tidak langsung sebenarnya adalah untuk diri-sendiri. Tempat kerja serta juga persekitarannya yang kemas, selesa, bersih dan cantik sudah tentunya untuk kita sendiri. Dari segi keselamatan tempat kerja pula bertambah terurus lagi sistematik adalah juga untuk semua. Begitu juga bila kita sebagai pelanggan di organisasi yang kita berurusan kita juga mengharapkan perkhidmatan terbaik. Jika kita ke hospital kita mengharapkan layanan yang pantas. Cukup ketara 5S di farmasi hospital membolehkan pengagihan ubatan dibuat dengan cekap dan cepat. Bas syarikat rapid mengamalkan 5S. Penumpang di dalamnya merasakan perjalanannya yang menenangkan setelah melihatkan ciri-ciri 5S terserlah untuk keselesaan dan keselamatan penumpangnya.

Sunday, June 3, 2012

Lean 5S History

Lean, like so many innovative ideas, products, or services, was born out of necessity. In post-World War II Japan, the founder of Toyota, Sakichi Toyoda, his son Kiichiro Toyoda, and their chief engineer, Taiichi Ohno, developed the Toyota Production System. These three innovative thinkers from Toyota visited the United States and they observed the great manufacturing empire established by Henry Ford. They were, however, unimpressed. They immediately noticed that while Ford had created a monumental manufacturing machine, he had failed to address what they felt was the key issue for them - waste. more