Menjayakan 5S Merupakan Suatu Aktiviti Yang Menyeronokan. Peruntukanlah Sedikit Masa Kita Setiap Hari Untuk Amalan 5S. Semoga Hidup Kita Akan Lebih Barakah,Produktif Dan Bahagia.
Wednesday, May 30, 2012
5S Macam Tadika!
Antara cabaran yang sering dihadapi semasa kempen 5S dijalankan adalah hujah yang mengatakan "buat 5S ni nanti jadi macam tadika!". Pengalaman saya bersama lebih 50 organisasi yang telah mendapat persijilan 5S membuktikan hujah tersebut memang ada kebenarannya namun peratusannya amatlah sedikit. Kalau ada pun jadi macam tadika bukanlah keseluruhan organisasinya tetapi sebahagian kecil sahaja. Ianya tidak menjejaskan organisasi dari mendapat persijilan kerana markah secara keseluruhan masih di tahap lulus. Sayugia diingatkan bahawa menjayakan 5S merupakan aktiviti teamwork keseluruhan kakitangan dan jika hanya beberapa orang sahaja atau pun terdapatnya 1 zon kecil yang dilihat hasil 5Snya macam tadika itu adalah perkara biasa. Barangkali kalau kita lihat ruang kerja mereka yang mengatakan 'macam tadika' tadi rupanya kelihatan macam 'kapal-pecah' atau 'macam tempat-kucing-beranak' ataupun 'macam sarang tikus'. Antara sebab lain yang berlakunya macam tadika adalah kerja penyiapan 5S yang dibuat last-minute. Lusa dah nak audit hari ini baru kelam kabut nak buat!. Apa pun saya melihat peringkat macam-tadika sememangnya dilalui dalam menjayakan 5S kerana itu sebenarnya adalah pemulaan dan dalam 5S tiada yang rigid ianya sentiasa berubah dengan penambahbaikan berterusan. Kata pujangga Ingeris "The Biggest Room In The World Is The Room For Improvement".
Tuesday, May 29, 2012
5S Mengelakkan Stres
Bila kita telah mengamalkan 5S untuk urusan seharian, baik untuk kerja di pejabat dan juga untuk urusan peribadi/keluarga maka kita sebenarnya telah bersedia menjauhkan dari perkara-perkara yang boleh mencetuskan stres. 5S membuat kita sentiasa bersedia untuk berurusan dengan pelanggan. Urusan kehidupan menjadi lebih harmoni. Banyak masa, tenaga, wang dan hartabenda dapat dielakkan dari pembaziran.
Itulah sebabnya di negara-negara maju seperti US, UK dan Australia 5S menjadi satu bidang yang diajar di pusat-pusat komuniti.
5S Your Work Your Home Your Life
Sebelum tahu tentang 5S, amalan seharian pun berjalan macam biasa jer..tak perasan pun rupanya ada satu amalan yang unik bernama 5S. Selepas mula faham sikit-sikit, nampak yang 5S ni pentingnya adalah supaya kemas, bersih dan memudahkan kerja. Faham-sikit-lagi, mulailah nampak 5S ni kesahnya boleh mengatasi pembaziran. Oh! rupanya ada 7 jenis pembaziran. Mulalah menaruh minat terhadap 5S. Pergi lawat sana sini ke tempat yang dah mendapat pensijilan 5S. Pergi lawat organisasi yang menang anugerah kebangsaan 5S. Wah mula tersedar rupanya 5S bukan calang-calang 'mekanisma' untuk pertingkat produktiviti. Seterusnya dah pandai dan mula berhujah yang 5S ni sepatutnya dimulakan sejak belum kita mula kerja lagi!. Kesedaran yang diperolehi di ofis mula terfikir "kat rumah pun pentinglah 5S ni..". Mulalah untuk amalkan 5S di rumah sikit-sikit. Antara yang ketara perlu di5Skan di rumah pengalaman saya adalah tempat kasut, tempat kunci dan stor. Tapi sebenarnya seluruh rumah perlu 5S! Akhirnya mulalah asyik dengan 5S terus dalami pula di internet. Terjumpa pula tulisan yang mengaitkan "5S is Japanese Secret Weapon". Wah dasat tu..patutlah Jepun boleh begitu maju kerana budaya 5S telah sebati dalam diri rakyatnya. Terjumpa pula amalan 5S seantero dunia. Ada institut 5S rupanya di India. Di Bangladesh 5S dah masuk dalam kurikulum pelajar. Di US ada konference ke 26 sudah mengenai 5S. Aduh! jauhnya kita ketinggalan!.
Sunday, May 27, 2012
Cabaran Pensijilan Semula 5S
Hampir 15 bulan saya tidak menulis mengenai 5S di Blog ini dan malam ini terbuka hati untuk aktif semula. Sepanjang 15 bulan lepas 5S amat berkembang pesat. Paling ketara sekolah-sekolah semakin banyak yang mendapatkan pensijilan 5S. Saya ada terbaca dimana Pegawai kualiti di Pejabat Pelajaran negeri Johor mewajibkan semua sekolah menghantar repot kemajuan tentang 5S di sekolah masing-masing.
Dalam masa yang sama juga banyak organisasi yang telah mendapat pensijilan 5S gagal untuk mendapatkan pensijilan semula tahun ke2 ataupun tahun-tahun berikutnya. Inilah soalan yang paling popular diajukan kepada saya iaitu "bagaimanakah untuk mengamalkan S yang ke5 iaitu 'sentiasa amal'?." Meskipun faedah daripada terlaksananya amalan 5S tersebut telah dilihat serta dirasai oleh semua kakitangan namun untuk berusaha ke arah pensijilan semula dirasakan amat payah sekali. Jelas disini bahawa 5S belum menjadi budaya ianya hanya baru melekat diminda tetapi dihati meresap sementara sahaja. Kata hati "Ahh.. lecehlah nak buat 5S.." dan tak buat pun gaji dapat macam biasa juga.
Walhalnya bagi yang benar-benar memahami 5S adalah satu ukuran kemantapan sesebuah organisasi yang mementingkan produktiviti serta imej yang 'above excellence'.
Antara faktor utama penentu kepada kejayaan 5S adalah aktifnya jawatankuasa induk yang diterajui oleh pengurusan atasannya. Beruntunglah organisasi yang mana teraju 'nombor 1'nya sendiri amat mengambil berat tentang pengamalan 5S di organisasi mereka. Perkara mengenai 5S dimasukkan di dalam mesyuarat pengurusan atasan dan seluruh kakitangan akan menurut arahan tanpa banyak kerenah. Berbeza sekali dengan organisasi yang melantik orang bawahan seperti 'EO' untuk menjayakan 5S di sesebuah organisasi kerana ketika ini 5S belum jadi budaya yang demikian kerahan dari pegawai atasan diperlukan.