Alhamdulillah ada sudah kelas yang memaparkan 5S di papan notanya, seperti kelas 5 Al Khindi, tahniah. Walaupun dah tergantung kita perlu tahu sedikit sebanyak tentangnya. Asal konsep 5S ini ialah Jepun (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke). Di negara kita diterjemahkan sebagai Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Orang putih kata Sort, Straighten, Sweep, Standard, Sustain. Di Indon katanya Sisih, Susun, Sosoh, Sasap dan Suluh. Di sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 5S sudah lama diamalkan kerana ianya bersesuaian dengan Islam cuma ditekankan bahawa penilaian bukan sahaja oleh ketua jabatan tetapi penilaian agung pastinya dari Allah SWT. Maka tak salah kalau 5S boleh menjadi pelbagai sinonim seperti Solat, Selawat, Salam, Syukur, Sayang. Tapi kalau dah boring sangat boleh jadi serabut, semak, sorok, sisip atau sepah. Janganlah pula jadi sewel, senget, separuh-separuh, sasau atau sengau. Dan amat perlu kita ingat 5S juga adalah senjata sulit Yahudi untuk merosakkan umat Islam, Sing, Spirit, Sex, Sport dan Smoke...wallahu a'lam
more